CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengemis Di TikTok, Kena 'Cukai' 70 Peratus

22-10-2022 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1320| Komen: 6

Beberapa kanak-kanak Syria di kem pelarian menggunakan platform gergasi media sosial popular, TikTok sebagai ruang 'meminta sedekah'.

Taktik baharu itu dikesan TikTok sebelum syarikat itu mengenakan larangan membuat penstriman langsung bagi pengguna di bawah usia 18 tahun bermula 23 November ini.


Pelarian Syria menggunakan TikTok untuk meraih wang derma. FOTO Agensi

Penguatkuasaan larangan itu adalah susulan beberapa laporan siasatan oleh Badan Penyiaran British (BBC) mengenai kes membabitkan kanak-kanak Syria di kem pelarian yang menggunakan platform TikTok sebagai ruang 'meminta sedekah'.


Menurut laporan BBC, ada antara mereka yang berjaya meraih 'derma' sehingga AS$1,000 (RM4,737) dalam masa sejam penstriman langsung dibuat.

Namun, apabila pemilik akaun mahu menukar wang itu menjadi tunai, TikTok dilaporkan mengenakan 'cukai' 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wang yang dikumpul.

TikTok berkata, ia akan mengambil tindakan segera terhadap 'pengemis yang mengeksploitasi' platform itu.

Ia juga menambah, jenis kandungan berkaitan pengumpulan derma atau dana adalah tidak dibenarkan di platformnya dan komisen yang diambil daripada hadiah digital adalah kurang daripada 70 peratus.

Lebih 30 akaun yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis dilaporkan kepada TikTok dan syarikat itu bertindak memadamkan video berkenaan.

Namun, TikTok memaklumkan tiada sebarang pelanggaran isi kandungan berlaku.

"Kandungan jenis ini (derma atau dana) tidak dibenarkan di platform kami kerana ia melanggar Garis Panduan Komuniti.

"Kami sedang berusaha untuk mengukuhkan dasar global kami mengenai pengemis yang mengeksploitasi, untuk memastikan tiada pengguna digunakan sebagai cara untuk meningkatkan hadiah semasa penstriman langsung," kata jurucakap TikTok.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 09:42 PM
Tuan Penasihat, 70% tersenyum sinis
Quote shernazz 22-10-2022 09:52 PM
Mana boleh..
30% saja dihalalkan ambil
Quote CiliPadiSedap 22-10-2022 10:47 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-10-2022 09:42 PM
Tuan Penasihat, 70% tersenyum sinis { ...

yahudi zionis pun xjahat ambil sampai 70%. ni yahudi mata sepet
Quote babynina30 22-10-2022 11:28 PM
Yg org lain live dpt gift free ni pon i rengsa melihatnya . Some youngsters nowadays live je 247. Tadah gift
Quote pooh~key 23-10-2022 06:07 AM
babynina30 replied at 22-10-2022 11:28 PM
Yg org lain live dpt gift free ni pon i rengsa melihatnya . Some youngsters nowadays live je 247. Ta ...

Tapi nak buat live fikir konten tu pun bukannya senang yach sis. Akak baru sedar benda ni masa hari tu ada akak setuju nak masuk sikit dalam bideo anak buah akak sis. Menggigil jua yach rupanya sis. Terus last2 akak give up tak jadi nak buat live dengan heols sis.
Quote Gomea 23-10-2022 12:38 PM
pooh~key replied at 23-10-2022 06:07 AM
Tapi nak buat live fikir konten tu pun bukannya senang yach sis. Akak baru sedar benda ni masa har ...

Kak puks pon ade tiktok ke? Ingatkan layan fb je

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.179914 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top