CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tarik Diri Dari Filem The Original Gangster, Berani Aaron Aziz Prank Syamsul Yusof!

22-10-2022 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6013| Komen: 23

Pengumuman mengejutkan pelakon, Datuk Aaron Aziz yang mendakwa menarik diri daripada berlakon dalam filem The Original Gangster di Instagram semalam hanya sekadar 'prank' kepada penerbit dan pengarah filem itu iaitu Syamsul Yusof.


Aaron ketika dihubungi berkata, dia mengesahkan masih memegang peranan sebagai AG dan sedang giat menjalani latihan seni mempertahankan diri.


IG Aaron

"Apa yang dikongsikan hanya sekadar 'prank' kepada Syamsul. Saya masih terbabit dalam filem ini dan sedang sibuk dengan latihan seni pertahankan diri dengan barisan pelakon yang terbabit," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Razor's Edge Pictures yang menerbitkan filem itu, Datuk Saniboey Mohd Ismail berkata, dia terkejut dengan kenyataan Aaron itu dan menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

"Selepas melihat hantaran yang dimuat naik Aaron di Instagram, saya terus menghubunginya. Namun, dia maklumkan ia sekadar gurauan sesama mereka.

"Pasukan kami sedang sibuk membuat persiapan rapi sebelum penggambaran filem dimulakan pada 1 November ini. Pelakon juga sangat komited menjalani latihan pertahankan diri dan masing-masing sangat teruja hingga berada di pejabat saya sehingga lewat malam.

"Buat masa ini saya tidak dapat kongsikan butiran lokasi penggambaran filem ini kerana pihak kami sedang menguruskannya lagi. Insya-Allah dua minggu lagi semuanya akan diputuskan," katanya.

Selain Aaron, The Original Gangster bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T, Soffi Jikan, Pablo Amirul dan pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitney72 22-10-2022 10:35 PM
Pelakon cam bosan je...
Quote putu 22-10-2022 10:40 PM
Hmm xberminat
Quote Marunggey 22-10-2022 11:10 PM
Gangster pun semua dah tua
Quote Acikgomen 22-10-2022 11:19 PM
Sebok je sofi jikan tu
Dah la belakon stereotype jek
Balik2 style itu je lontaran dialog nye
Bang haron dah la jenis mendatar je cakap, maklomle tgh tahan sakit
Org soh pi berubat, taknakkkk degil
Agittewwwww acik beletiaq kat laki org
Quote babynina30 22-10-2022 11:32 PM
Kalau i jd sol. I terminate je tros dr dia berlakon
Nak prank2 sgt. Ingat kelaka , org dh siap segalanya
Quote Hoshhi 22-10-2022 11:52 PM
Balik balik pelakon yang sama je! Bosan siak! Takde pelakon lain dah ke
Quote sr10 23-10-2022 01:04 AM
Ada nanas pangkah, I lebih suka style mafia, lebih cool Dan strategies, gangster macam low skit
Quote mawardia 23-10-2022 02:38 AM
Edited by mawardia at 23-10-2022 02:40 AM

Lerr u ols tak serik ke injured dulu?
Sampai ke tua menanggung sakit.
Bak kata tokdi, badan nak pakai lama so kena la tgk kemampuan diri gak sblm terima offer.
U ols dah senang lenang rete menimbun kat bumi malaya ni, relax je la uruskan bisnes.
Injured tengkuk kot. Berapa lama dah u ols mengidap.
U ols dah tua bangka takkan tak penah dgr 'health is wealth'?
Dah la u dah gemuk. Dah berat.
Eeeee toksah belakon lagi lah.
Kalau teringin sgt nak belakon u ols bawak watak ortu pencen je, baca newspaper je sambil bebel2 anak yg tak mengenang budi walau u ols bercakap mulut tak bukak sbb nak cover gigi u.
Anak kecik2 lagi uuu. Baik jaga kesihatan je.
Quote dejure 23-10-2022 02:59 AM
Gengster olahan syamsul mesti bertatu lps tu nk kena ckp slang cina..wlpn bukan cina.bosannn
Quote Suchi 23-10-2022 06:55 AM
Gelenyar laa hai

Btw aaron ni nama ye lontaran suara dia jenis mendatar je pastu mcm tak fluent BM tu taktau mcm mana nak ckp.
Mcm tertukar kita ngan kami ah camtulah, tahla tak sedap dengar dia ckp.
Quote dudaberhias 23-10-2022 07:14 AM
filem gangster ni dah so yesteryears dah dikkkk... banyak2 kan tengok netflix lah tengok apa yang up to date...
Quote red_velvet 23-10-2022 07:27 AM
Bagus semua tarik diri je . Pelakon, pengarah, penerbit, crew prop semua tarik diri . Takyah buat langsung citee ni . Bosannnn.. dahla pelakon semua rentua gemuk geleber.. harun ni muka sesuai jadipakcik jual air boba je, tak de rupa gangster langsung...
Quote helicornia 23-10-2022 12:36 PM
Ya rabbi.tajuk tak menahan.citer Korea citer org putih psl gangster pun tkde letak tajuk gangster[em:3:]
Quote ezacbee 23-10-2022 01:32 PM
Filem melayu kann pusing2 situ je. Kisah gangster, rempit, hantu..

Klo digabungkan semua mau box office...
Quote Goodluckdontcry 23-10-2022 05:18 PM
Edited by Goodluckdontcry at 23-10-2022 05:27 PM

Tahla..den xde nafsu nak tgk cite2 Anak tokselam ni buat..skrg den byk layan cite Korea..BG den Korea skrg Bab movie pun kalah omputih..

Deliver us from Evil..
New world..
The outlaws..
The gangster, the cop & the devil..
The man from nowhere..
.Asura: The City of Madness..
Veteran..
A hard day..
Hwayi: a monster boy..
Unstoppable..
The inside man..
A company man..
No tears for the dead..
The prison..
Coin locker girl..

Ni antara cerita aksi Korea yg best BG den..byk LG..penat nk ingatla..Dr layan cite SY baik den layan cite Korea..tp kome nk tgk cite SY pun..tgkla xde sape larang..den hny BG pendpt berkerak den jer..





Quote Goodluckdontcry 23-10-2022 05:26 PM
helicornia replied at 23-10-2022 12:36 PM
Ya rabbi.tajuk tak menahan.citer Korea citer org putih psl gangster pun tkde letak tajuk gangster[em ...

Ada jer kome..tp bknlah setiap filem arahan pengarah Sama, ltk tajuk Sama..asyik gangster ITU.. gangster ini...acah konon KO la sebenarnya gangster kg pisang.. kehkehkeh
Quote adeqbun 23-10-2022 05:30 PM
sr10 replied at 23-10-2022 01:04 AM
Ada nanas pangkah, I lebih suka style mafia, lebih cool Dan strategies, gangster macam low skit

Ai penah tgk drama bersiri remy dan kamal adli jd adik bradik...dlm tu wan raja jd gangster..xyah jerit2..ckp slow and steady je .snyum sinis sepjg masa..lg nmpk evil dan deep..lupe dh tajuk cite tu..tp mmg best gile la..yg penting xde lgsg nak lu gua lu gua pastu carut2
Quote nadie90 23-10-2022 06:04 PM
Poyo ja....dah kekurangan idea nak prank....rugilah kalau tarik diri...berlkon filem bwh arahan PENGARAH FILEM2 BOX OFFICE kot
Quote dudaberhias 21-4-2023 11:12 AM
nadie90 replied at 23-10-2022 06:04 PM
Poyo ja....dah kekurangan idea nak prank....rugilah kalau tarik diri...berlkon filem bwh arahan ...

omg kaka iols dari masa depan...duk prank2 tarik diri dari filem hujung2 di buang terus dek si gigi pelesu kena tepek pakai polident...
tak padan ko telan dan mengcekik kuetiau goreng bini orang tu sampai sangkut celah gigi palsu tu...
birah kata dia rendam2 dalam air garam pun masih boleh bau ye cilik jeruk dari kuetiau bini pak harun masak tu...
cisss tak kenang budi punya jantan...



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.108019 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top