Baru-baru ini, Dr Say Shazril ada berkongsi kisah rumah tangga kenalannya hancur disebabkan orang ketiga. Katanya lelaki itu tergamak meniduri wanita lain ketika masih berstatus suami orang.
Di Instagram, Dr Say memaklumkan bahawa perbuatan jijik itu dilakukan si suami ketika si isteri sedang bertarung nyawa bersalin di hospital. Selepas segalanya terbongkar, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk bercerai ketika si isteri sedang berpantang. "Pagi tadi bini cerita ada kawannya baru bercerai dengan suaminya masa dia tengah 9 hari berpantang. Katanya suaminya kantoi bermalam dengan perempuan lain masa bininya tengah nak bersalin di hospital. Bila check fon, jumpa gambar-gambar tak senonoh antara laki dan teman wanitanya tu."
Difahamkan ini bukan kali pertama si suami berbuat demikian malah dua tahun lepas, dia pernah kantoi curang dengan wanita yang sama namun si isteri memaafkan dan memberi peluang kedua. Meskipun sudah diberi peluang, tetapi siapa sangka lelaki ini masih memilih untuk menduakan si isteri. "Dajal sungguh laki sebegini. Baru ni jugak sorang laki yang saya pandang tinggi dan segani pun kantoi kacau junior doctors padahal ada anak bini dekat rumah. Yang tu pun end up bercerai."
|
batmana replied at 22-10-2022 04:47 PM
cite rekaan je ni, mudah no si bini check tepon somi yg skandal,
apa si somi pakai nokia 7650 tahun ...
batmana replied at 22-10-2022 04:47 PM
cite rekaan je ni, mudah no si bini check tepon somi yg skandal,
apa si somi pakai nokia 7650 tahun ...
Nham22 replied at 22-10-2022 05:36 PM
Kalau sejenis attention seeker... Sampai bila pon akan jd attention seeker betul ke idak???
ADVERTISEMENT