CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terima Padah Biarkan Anak Usia 10 Tahun Buat Tatu Besar Di Lengan

22-10-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1035| Komen: 0

Washington: Seorang ibu ditahan selepas membenarkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun membuat tatu besar sehingga 20 sentimeter di lengannya.

Crystal Thomas, 33, berdepan pertuduhan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak selepas dia membenarkan anak juvana berusia 10 tahun mendapatkan tatu dakwat kekal yang besar di badannya.

Portal Mirror melaporkan, polis Bandar Lloyd di New York mengesahkan ibu itu dibebaskan atas jaminan dan hadir di mahkamah pada pada Jumaat.


Crystal Thomas, Foto: Mirror

Polis menahan artis tatu, Austin Smith berusia 20 tahun kerana didakwa membahayakan kebajikan kanak-kanak dan berurusan secara tidak sah dengan kanak-kanak berusia 10 tahun itu.


Dia juga dibebaskan atas jaminan dan ditetapkan untuk hadir di mahkamah pada 3 November depan.

Tatu itu dikatakan sepanjang enam hingga 20 sentimeter dan terdiri daripada nama kanak-kanak lelaki itu.

Polis dimaklumkan mengenai tatu itu selepas kanak-kanak itu pergi ke jururawat sekolahnya meminta beberapa Vaseline untuk disapu pada dakwat segar.

Jururawat sekolah menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan penemuannya.

Tatu itu dilaporkan dibuat di sebuah hotel dan ibu kanak-kanak itu, Crystal dikatakan tidak berada di dalam bilik ketika tatu itu dibuat.

Polis berkata, ibu itu membenarkan anaknya masuk tanpa diawasi di sebelah ketika dia membuat tatu.

Di samping itu, tidak jelas hubungan antara ibu dan artis tatu, Austin.

Ketua Polis Lloyd James Janso berkata, pembuatan tatu itu pada kanak-kanak bukan kerja profesional.

Janso turut mendedahkan budak lelaki itu dan adik-beradiknya berada dalam tahanan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak berikutan penahanan itu.

Tatu adalah dilarang sama sekali kepada sesiapa di bawah usia 18 tahun di New York meskipun jika ibu bapa bersetuju.

Penangkapan itu berlaku hanya beberapa hari selepas pekerja taska Mississippi didakwa dengan penderaan kanak-kanak selepas menakutkan kanak-kanak dengan topeng menyeramkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.289194 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top