CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Resort Terbiar Di Kuantan, Jadi Sarang Makhluk Halus

22-10-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5079| Komen: 24

Sebuah resort yang dipercayai terletak di Kuantan, Pahang terus menjadi tanda tanya kerana terbiar begitu sahaja dan menjadi sarang makhluk halus.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @darktourismmalaysia memaparkan persekitaran resort yang tidak begitu usang namun terbiar begitu sahaja seperti menyimpan sebuah cerita.

Demikian video itu telah tular, ianya mengundang rasa seram kepada rata-rata netizen dan terdapat sebahagian besar netizen berkongsi kisah seram mereka berkaitan resort tersebut di ruangan komen.

Foto: Tiktok


“Dekat situ sarang pontianak bang, pergi masa senja atau malam, ada rezeki muncul la nanti,” komen seorang netizen.


“Seberang jalan rumah saya sahaja, terkadang cermin terbuka terkadang tertutup, saya buat tidak tahu sahaja, seram memang seram,” kongsi seorang netizen lagi di ruangan komen.

“Saya dan suami pernah menginap di situ, memang seram, macam ada yang memerhati dari luar tingkap,” komen netizen yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang terkejut melihat resort itu terbengkalai begitu sahaja memandangkan fasiliti dan servis resort tersebut sangat praktikal untuk seisi keluarga.


“Tempat jatuh lagi dikenang, tempat selalu bawa anak-anak mandi dekat sini, sudah sunyi macam rumah hantu. Pernah jadi tempat ‘reunion’, banyak kenangan di sini,” tulis netizen tersebut.

“Sayangnya tempat ini dah terbiar, dulu masa duduk dekat Kuantan selalu mandi kolam dekat sini, sangat praktikal dan sesuai dengan keluarga yang besar,” komen seorang netizen.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan dengan 268 perkongsian dan dihujani lebih 300 komen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 22-10-2022 03:44 PM
Eh celaka la kau acah berani shoot video horror bagai baru anjing salak pun takut padahal anjing tu nampak macam jinak ja salak sambil goyang2 ekor ntah2 nak mintak ngkau bagi dia makanan.
Quote dua_chzy 22-10-2022 03:46 PM
Si Cari MRO ni pun macam takda isu semasa lain takat video tiktok ko tepek sini.
Quote Babai 22-10-2022 03:50 PM
Hahahahaha
Quote Jitu 22-10-2022 04:04 PM
klu aku mmg lari dah
bkn takut hantu tp takut kena gigit anjing
btw tak seram pun
Quote airfilterkotor 22-10-2022 04:07 PM
TikTok--->Kosmo--->CARI-MRO.
Integer overflowwww.
Quote Suchi 22-10-2022 04:07 PM
dua_chzy replied at 22-10-2022 03:44 PM
Eh celaka la kau acah berani shoot video horror bagai baru anjing salak pun takut padahal anjing tu  ...

Iols rasa anjing kat hutan tepi umah iols ni lagi menyeramkan.
Ada 3 ekor dia buat sarang kat hutan tu kot,bila azan je dia menyalak kuat2 mcm gelabah tu uols huhu
Terutama waktu subuh, zohor ngan asar.
Taktaulaa kenapa depa menyalak bila dengar azan terkejut ka atau jawab azan tu pun taktaulaa


Quote dua_chzy 22-10-2022 04:09 PM
Suchi replied at 22-10-2022 08:07 AM
Iols rasa anjing kat hutan tepi umah iols ni lagi menyeramkan.
Ada 3 ekor dia buat sarang kat hu ...

Anjing memang gitu. Dengar bunyi azan terus melolong2 au au auuuuu gitu. Masa kecik2 aiol diajar deol nampak hantu syaiton masa azan. Sains pula bilang ada kaitan dengan gelombang bunyi ke apa ntah aiol pun tak ingat ape da aiol baca rituh.
Quote Suchi 22-10-2022 04:23 PM
dua_chzy replied at 22-10-2022 04:09 PM
Anjing memang gitu. Dengar bunyi azan terus melolong2 au au auuuuu gitu. Masa kecik2 aiol diajar d ...

Iols pun selalu dengar org kata gitu.. yelaa dh laa sunyi sepi je tetiba bila azan je terus anjing tu melolong2 gitu
Mau tak terkejut iols huhu
Quote Adrif 22-10-2022 11:34 PM
Suchi replied at 22-10-2022 04:07 PM
Iols rasa anjing kat hutan tepi umah iols ni lagi menyeramkan.
Ada 3 ekor dia buat sarang kat hu ...

anjing dia dengar bunyi kuat memang dia salak. bunyi megaphone surau/ masjid ada yang anjing menyalak, ada yang tak menyalak
tapi kalau time azan dia menyalak, SHHH! kan je sekali kuat-kuat. bagi diorang diam

kalau dia nampak tupai pun dia menyalak. nampak kucing pun dia salak, ular pun dia salak. orang tak dikenali pun dia salak

rumah kami dulu ada dekat 10 ekor anjing liar. malam2 diorang bersahut-sahutan dok auu auuu awooooo dengan anjing taman sebelah. kitorang suruh diam tanak, pastu baling mercun papan baru lintang pukang lari. sekarang ni diorang dah pandai, baru nak awooo, aku bukak pintu, semua diam
Quote Perawankota 23-10-2022 12:14 AM
Heyyy.. Aku pernah duduk lah sempurna resort ni.. Dengan akak aku.. Tapi masa tu pon masuk bilik mcm dah lama org tak duduk.. Dengan ada, taik cicak atas rak.. Pastu toilet mcm dah lama tak flush.. Nasib baik 1 malam jer.. Malam sunyi.. Siang2 jer bunyi budak2 mandi kat pool dia.. Sayangnya dah terbiar rupanya..
Quote kotakbaju 23-10-2022 12:16 AM
Suchi replied at 22-10-2022 04:07 PM
Iols rasa anjing kat hutan tepi umah iols ni lagi menyeramkan.
Ada 3 ekor dia buat sarang kat hu ...

Anjing liar ke? Anjing tak bertuan?

Dulu masa kat umah mentua cam tu la. Ada anjing liar kot selalu dok tepi pokok2 kat tepi umah mertua..umah mertua pulak berhadapan betul dengan surau. Asal time azan maghrib dengan isyak.dia akan melalak..
Quote elnor_81 23-10-2022 05:19 AM
La..dh tutup ke resort ni? Resort ni dlm taman perumahan. Dulu2 mula2 bukak org dtg utk mandi kolam je. Byr rm10 cmtu la. Spe nk duduk kwsn cmtu. Baik org amik homestay, pastu g mandi kolam situ. Aku pernah ad function kt situ. Mmg x terjaga kwsn tu. Org x brape duduk. Jauh dr bandar se hal. N kuantan berlambak hotel.
Quote melonmadu 23-10-2022 07:33 AM
Sama company dgn gambang resort ni..x sangka dah tutup. Pnah gak tidur situ dulu sbb ada program buat kat situ
Quote noor2 23-10-2022 07:37 AM
Babi betulla video2 yg background berlatarbelakangkan music seram...ko dah kenapa buat video mcm tu....lemah jantung aku...cubala tempat terbiar ko x perlu ada music background seram...x payah lagu...sakit telinga aku dgr
Quote ninja9 23-10-2022 08:51 AM
Suchi replied at 22-10-2022 04:23 PM
Iols pun selalu dengar org kata gitu.. yelaa dh laa sunyi sepi je tetiba bila azan je terus anjing ...

keadaan yang tak biasa kepada dia.. dia salaklah. azan ni sekali sekala jer bukan sepanjang masa maka anjing akan hairan. Selalunya, bila ada bahaya dia akan menyalak .. tetapi bila dia tak tau perubahan itu bahaya ker tak dia juga bagi respon dengan menyalak

Quote becir 23-10-2022 08:54 AM
Suchi replied at 22-10-2022 04:07 PM
Iols rasa anjing kat hutan tepi umah iols ni lagi menyeramkan.
Ada 3 ekor dia buat sarang kat hu ...

Anjing mmg camtula..dengar azan diaorg sama join..I tengok ig kawan I dia g turkey, ada anjing melolong time azan
Quote margo20 23-10-2022 11:26 AM
Laki aku pernah stay kt sini. Dia saje jela nk try katenye. Skali bila waktu nak tdo kena kacau. Dia terus checkout tak fikir apa dah. Waktu tu dhla sorg je sbb ade kerja
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:45 PM
serammm betul aduh
Quote tripleid 23-10-2022 10:11 PM
tingkap tutup sbb angin pun kata hantu.Apoo

sian hantu asik kenan fitnah jah ngn netizen

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.179026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top