CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki 19 Tahun Nekad Nak Kawin Nenek 56 Tahun, Jatuh Cinta Selepas Datang Bersihkan Rumah

22-10-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3656| Komen: 35

Remaja lelaki berusia 19 tahun nekad untuk bertunang dengan seorang nenek berusia 56 tahun. 

Walaupun jarak usia 37 tahun, namun ia bukan penghalang buat mereka mencintai antara satu sama lain.


Thaiger melaporkan,m Wuthicai Chantaraj dikatakan bertemu dengan kekasihnya Janla Namuangrak ketika dia berusia 10 tahun manakala wanita terbabit berusia 47 tahun.

Pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain ketika Janla meminta bantuan Wuthicai untuk membersihkan rumahnya, namun siapa sangka selepas itu mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan kini sudah bersama selama dua tahun.


Foto: Thaiger


"Ini adalah kali pertama dalam hidup, saya nak memastikan seseorang itu hidup dengan selesa. Janla ialah seorang wanita yang rajin dan jujur.

Saya tersentuh apabila melihat keadaan rumahnya dan saya selalu fikir macam mana cara nak bantunya. Saya amat mengaguminya."

Difahamkan, wanita terbabit sudah menjadi janda selama 20 tahun selepas diceraikan oleh suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, Janla dikurniakan tiga orang cahaya mata dan kini masing-masing sudah berusia 30-an.

Dalam pada itu, wanita berkenaan mengatakan kehadiran remaja terbabit secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa muda semula.

Rakan dan keluarga masing-masing sudah diberitahu mengenai hala tuju hubungan mereka pada awal tahun ini.

"Wuthichai seperti superhero saya. Dia bantu saya setiap hari. Apabila semakin membesar, kami mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya agak terkejut sebab saya mengenali dia sejak kecil.

Dia buat saya berasa muda semula dan kami kekal bersama. Kami gembira dan akan berkahwin."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 21-10-2022 03:47 PM
kiranya JANDA RECON ke cm ne ni?
Quote sharlenetexas 21-10-2022 03:48 PM
Makcik ni ada banyak harta ke?


Quote Solokkk 21-10-2022 03:49 PM
Muka ada serupa. Jodoh panjang?
Quote Solokkk 21-10-2022 03:49 PM
Delete…double post
Quote sukacactus 21-10-2022 04:03 PM
Kerepotnya acik ni
56 tu xde la tua sgt
Abg & akak sulung aku umur lbh dr tu pun npk ok lg
Tp soal hati ni, lantak ke diorang la
Masing2 yg hadap, bkn kita
Quote Nenasketum 21-10-2022 04:04 PM
Dia dah congak2 dah berap lama janda berharta ini akan hidup barangkali
Quote Nenasketum 21-10-2022 04:05 PM
Dan aku saspek janda tu shemale la, lain macam bebeno
Quote mdhelmi 21-10-2022 04:11 PM
kalau nenek tu banyak duit ape salahnya

eh!
Quote prettyuglybabe 21-10-2022 04:37 PM
untung la nanti jadi duda kaya
Quote ctkusiam 21-10-2022 04:48 PM
Nampak tuo je makcik ni.. kalau umur 56 tu kakak aku lagi cantik lagi kehkeh
Quote salimrock 21-10-2022 05:34 PM
Solokkk replied at 21-10-2022 03:49 PM
Muka ada serupa. Jodoh panjang?

aku takut adik nenek dia je.. nenek sedara ke


Quote salimrock 21-10-2022 05:35 PM
Nenasketum replied at 21-10-2022 04:05 PM
Dan aku saspek janda tu shemale la, lain macam bebeno

arghh silap, aku td speku kalo dah dok sekg, silap2 adik pompuan nenek, dia, silap2 adik lelaki nenek dia..hhehe
Quote salimrock 21-10-2022 05:38 PM
Nenasketum replied at 21-10-2022 04:04 PM
Dia dah congak2 dah berap lama janda berharta ini akan hidup barangkali

56 tahun bukan nya  86 tahun, 56 ada lagi 20 tahun utk cecah  86. kategori umur super krepot

tp 56 tahun ni mmg dah kreport ni ,

budak ni dah salah congak, dia igt 56 dah tua sgt dah , tak tau kalo kerja gomen, swasta kt malaysia ada lg 4 tahun tempo bertugas


ke nenek ni ada duit EPF ?

ala cm kt mesia, indon2 byk goda lelaki tua 55 tahun sebab ada epf,  
Quote nyoyoyenye 21-10-2022 05:45 PM

“Saya melihat rumahnya yang buruk dan mendapati diri saya mula mengambil berat untuk memastikan kehidupan dia lebih baik daripada sekarang.


nak kata sebab harta, tapi rumah nenek tu rumah buruk
Quote CARI-MRO 22-10-2022 12:29 PM
Remaja lelaki berusia 19 tahun nekad untuk bertunang dengan seorang nenek berusia 56 tahun.


Walaupun jarak usia 37 tahun, namun ia bukan penghalang buat mereka mencintai antara satu sama lain.


Thaiger melaporkan,m Wuthicai Chantaraj dikatakan bertemu dengan kekasihnya Janla Namuangrak ketika dia berusia 10 tahun manakala wanita terbabit berusia 47 tahun.


Pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain ketika Janla meminta bantuan Wuthicai untuk membersihkan rumahnya, namun siapa sangka selepas itu mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan kini sudah bersama selama dua tahun.




Foto: Thaiger




"Ini adalah kali pertama dalam hidup, saya nak memastikan seseorang itu hidup dengan selesa. Janla ialah seorang wanita yang rajin dan jujur.


Saya tersentuh apabila melihat keadaan rumahnya dan saya selalu fikir macam mana cara nak bantunya. Saya amat mengaguminya."


Difahamkan, wanita terbabit sudah menjadi janda selama 20 tahun selepas diceraikan oleh suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, Janla dikurniakan tiga orang cahaya mata dan kini masing-masing sudah berusia 30-an.


Dalam pada itu, wanita berkenaan mengatakan kehadiran remaja terbabit secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa muda semula.


Rakan dan keluarga masing-masing sudah diberitahu mengenai hala tuju hubungan mereka pada awal tahun ini.


"Wuthichai seperti superhero saya. Dia bantu saya setiap hari. Apabila semakin membesar, kami mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya agak terkejut sebab saya mengenali dia sejak kecil.


Dia buat saya berasa muda semula dan kami kekal bersama. Kami gembira dan akan berkahwin."-CARI
Quote _blackbird 22-10-2022 12:42 PM
wow.... cougar.. aummm awat yg umur 19thn ni dah mcm lewat 30an gayanya
Quote Belibis 22-10-2022 01:05 PM
Ingatkan adala gaya maria parida...
Quote CiliPadiSedap 22-10-2022 01:45 PM
bunga dekat telinga tu lh penyeri. nampak awet muda .kalau tiada bunga tu mungkin dh fikir nenek dah
Quote matchstick 22-10-2022 01:52 PM
Bunga tu last minute petik kt belakang tu lah

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.176368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top