Seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun gara-gara membuang air besar di atas tilam dan tidak mahu makan.
Susulan isu tersebut Sharnaaz Ahmad bersuara mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Di Instagram Stories, Sharnaaz, 37, meluahkan kemarahan terhadap lelaki terbabit, pada Jumaat. "P*kimak punya bangsat, dapat kat aku, confirm hang pakai pampers seumur hidup!" Menurut laporan, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan bertindak memukul anak angkatnya sejak bulan lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada Khamis.
|
ADVERTISEMENT