CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dolla Pakai Baju Cukup Kain, Dah Semakin Insaf?

22-10-2022 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1849| Komen: 6

Kumpulan yang sering mencetuskan kontroversi gara-gara imej dan penampilan seksi, Dolla, dilihat semakin berhati-hati dalam pemilihan pakaian apabila tampil lebih sopan.


Penampilan sopan Dolla yang dianggotai empat anggota wanita terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ketika menjadi tetamu program Meletop, baru-baru ini menerima pujian ramai.

Sama ada serik dikecam atau ingin mengelak imej mereka terus diperkatakan, perubahan dibawa kumpulan yang popular dengan lagu Dolla Make You Wanna dan Impikan itu sewajarnya disokong.




Sebelum ini, Dolla dihujani kritikan ramai apabila menggayakan persalinan seperti tidak ‘cukup kain’ ketika beraksi dalam sebuah festival muzik, bulan lalu.


Bukan sekali penampilan seksi mereka mengundang kecaman ramai, sebaliknya Dolla sering menjadi sasaran cemuhan sehingga ada yang mempertikai, kumpulan itu lebih selesa ‘menjual’ imej seksi berbanding bakat dan kebolehan.

Dolla ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dan mula dibentuk melalui satu sesi uji bakat.

Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga membantu kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh singkat.

Sejak itu, Dolla mula menerima perhatian meluas dalam pelbagai program televisyen dan stesen radio tempatan.

Dolla mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka, Dolla Make You Wanna pada 20 Mac 2020.

Terbaru, Dolla merakamkan single duet bersama penyanyi, Naim Daniel menerusi lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 22-10-2022 12:21 PM
untung dolla ni dapat management yg pandai. lagu catchy2. menarik. walaupun suara dorang agak haukkkkkkk, harmoni kelaut sampai ke sri petaling kondo jahlop. tak kisah la pasal aurat. dorang bukan setajah. artis ni pakai tudung pun tetap stylist, org make upp semua pondan2 yg buat. dalam bilik persalinan bukak tudung juga. poorah
Quote PocongTerbang 22-10-2022 01:36 PM
Live tv broadcast khen? Haruslah pakai yg modest2.kalau pakai yg mcm kena kecam haritu,mau terbeliak penonton kat studio
Quote Sazreena 24-10-2022 01:11 AM
Kat tb haruslah coverline..
Quote babelina 25-10-2022 11:22 AM
hrtu baru nmpk kt dpn pavi dok wat tiktok.. x ckup kain semua nya.. kt tv.. sopan la ko..
Quote Olumis 25-10-2022 12:09 PM
Insaf??? Takde la istilah insaf.
Quote PanadolExtend 25-10-2022 06:17 PM
Best ke diorang ni? Iols tahu lagu raya diorang je. Ala2 lagu shopee

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042016 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top