CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggalkan Tepi Jalan, Biarkan Mayat Anak Dimakan Dubuk

22-10-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1512| Komen: 6

Setiap wanita yang bergelar ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dari segi pakaian, makanan mahu pun keperluan harian.

Biarpun hidup tidak semewah mana, paling tidak bekalan makanan sentiasa mencukupi dan perkara itu cukup untuk melegakan para ibu bapa.

Namun, situasi berbeza di Somalia apabila golongan ibu di negara itu setiap hari berfikir atau berkira-kira bila anak-anak mereka boleh mendapat makanan yang mencukupi atau setidaknya bekalan air bersih untuk diminum setiap hari.

Dilema itu menjadikan golongan tersebut sentiasa dihimpit perasaan takut sekiranya anak-anak kecil mereka tidak mampu meneruskan hidup akibat tidak cukup makan.

Bagi Fatuma Omar, kehilangan anak lelaki keduanya yang berusia 10 tahun, baru-baru ini seperti sudah dijangka kerana anaknya itu amat lemah dek tidak cukup makan.



Foto: UNICEF

Salat meninggal dunia selepas badannya tidak mampu lagi menanggung kebuluran yang dialami dan kanak-kanak tidak berdosa itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia dan keluarganya tiba di Baidoa, iaitu destinasi sejauh tiga hari berjalan kaki dari kampungnya.

Baidoa merupakan antara bandar utama di Somalia yang dianggap kebanyakan rakyat negara itu mampu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Fatuma tahu, dengan situasi semasa, iaitu kemarau berpanjangan berserta bekalan makanan terhad, anak-anaknya yang lain turut berisiko untuk kehilangan nyawa.

Namun, apa pilihan yang Fatuma ada untuk menyelamatkan anak-anaknya.

“Ibu bapa mana tidak sedih apabila kehilangan anak-anak? Tapi, apa pilihan yang kami ada selain menyaksikan anak-anak kami semakin lama semakin lemah dan akhirnya, menghembuskan nafas terakhir hanya kerana tidak cukup makan.

“Di sebalik semua yang berlaku, saya kena ajar diri supaya tidak terus bersedih kerana kami tiada masa untuk itu. Saya perlu bekerja dan cari makanan bagi memastikan anak-anak saya hidup,” katanya.

‘TAK MAMPU KEBUMIKAN’
Bagi seorang lagi wanita Somalia yang berjuang untuk menyelamatkan anak-anaknya daripada kebuluran, Fatima tidak pernah menyangka akan kehilangan anak bongsunya.

Fatima berjalan kaki selama 15 hari bersama sembilan anaknya dari kampung mereka di Buuli Ciir ke Baidoa untuk dapatkan bantuan makanan.

Masuk hari ke-10, anak bongsunya itu semakin lemah dan akhirnya meninggal dunia.

“Saya melihat dengan mata sendiri bagaimana anak perempuan saya yang berusia tiga tahun mati dan saya tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkannya.

“Saya mendukungnya selama 10 hari sehinggalah hari dia meninggal dunia dan lebih menyedihkan, kami terpaksa meninggalkan mayatnya di tepi jalan kerana kami tiada kudrat untuk mengebumikannya.

“Ketika itu, kami boleh dengar bunyi dubuk di kawasan berhampiran dan selebihnya, saya tidak mahu bayangkan apa yang berlaku terhadap mayat anak perempuan saya,” katanya sambil menitiskan air mata.

Seorang wanita dikenali sebagai Habiba Mohamud, 50, memberitahu, dia berjalan menuju ke Baidoa tanpa membawa apa-apa termasuk pakaian.

Hal ini berikutan, sudah tiada apa lagi tinggal di rumahnya. Semua haiwan ternakannya mati, tumbuhan ditanamnya juga layu menyembah bumi.

Selepas tiba di Baidoa, Habiba dibantu anak-anaknya segera mendirikan khemah diperbuat daripada ranting kayu dan kepingan plastik.

Khemah daif itu diharap dapat melindungi mereka daripada kedinginan malam.

KEMATIAN SETIAP ‘SAAT’
Biarpun pihak berkuasa Somalia dan organisasi antarabangsa lantang menyuarakan krisis berlaku di negara itu, situasi menjadi semakin buruk dengan bekalan perubatan di kebanyakan hospital utama semakin terhad.

Seorang doktor di hospital utama di Baidoa, Dr. Abdullahi Yussuf memaklumkan, jumlah kemasukan pesakit yang bertambah setiap hari tidak sepadan dengan bekalan perubatan dimiliki.

“Tiada guna pesakit dihantar ke hospital jika tiada bekalan ubat mahu pun peralatan yang boleh digunakan untuk merawat mereka.

“Setiap saat berlaku kematian, sama ada kanak-kanak, wanita mahu pun warga emas. Sebab paling ketara adalah kebuluran, di samping penyakit lain,” ujarnya.

WANITA LARI, LELAKI BERTAHAN
Pergerakan kumpulan al-Shabab menyebabkan konflik di Somalia semakin memburuk, menyebabkan ramai penduduk berhijrah ke bandar utama untuk menjalani kehidupan yang diharapkan lebih stabil dan mencukupi.

Hadija Abukar menceritakan, dia berjaya melarikan diri ke Baidoa selepas al-Shabab menguasai perkampungannya.

“Al-Shabab membenarkan wanita melarikan diri ke bandar, manakala lelaki, termasuk remaja ditahan untuk bersama-sama berjuang dengan kumpulan itu.

“Selain kebuluran, kami juga kehilangan ahli keluarga disebabkan oleh al-Shabab dan bilakah semua ini akan berakhir?,” soal Hadija.

Setakat ini, Baidoa bebas daripada cengkaman al-Shabab, namun tidak mustahil jika bandar itu dikuasai kumpulan berkenaan dalam tempoh terdekat. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 22-10-2022 12:19 PM
Cuba amalkan pamcut luar next time.  Ini kebuluran kebuluran mana nak cari makan air bagai sampai 9 ketul juga keluar semua rapat2.
Quote Mulotkoyak 22-10-2022 04:35 PM
Somalia ni kita patut hantar brnih suh diorg tanam.. Atau hired dorg kje buat baju. Then bisnes ladang ke ape ke sulaya dorg leh hidup.  Bg je biji benih and support diorg utk 3-6 bulan pertama. Perlu mulakan dgn tanaman and pelihara binatang ternakan dulu. Mcm org dodulu. Tp kne bg sumber asas ternakan and benih.
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 05:54 PM
Growlithe tersenyum sinis

058_copy_1024x1024.png
Quote NekNgah 27-10-2022 11:16 AM
Mulotkoyak replied at 22-10-2022 04:35 PM
Somalia ni kita patut hantar brnih suh diorg tanam.. Atau hired dorg kje buat baju. Then bisnes lada ...
dengan situasi semasa, iaitu kemarau berpanjangan berserta bekalan makanan terhad, anak-anaknya yang lain turut berisiko untuk kehilangan nyawa.
Tengah kemarau, nak tanam & bela apa?
Quote Simunggu 27-10-2022 12:26 PM
zaman nabi nabi, bandar somalia dikenali sebagai Habsyah satu bandar yg besar mcm London lah barangkali sekarang ni..kenapa sekarang dibenci Tuhan diturunkan musibah dasyat???
Quote lo_la 27-10-2022 12:59 PM
Oh my. What did i just read?!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.148669 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top