CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wawa Zainal Dikecam Pakai Tudung Nampak Telinga, Rambut Dan Leher

22-10-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5903| Komen: 43

“Mula-mula dulu elok sahaja pakai tudung labuh tutup semua, suka tengok.”

Demikian komen netizen selepas melihat imej dan gaya tudung dipakai pelakon Wawa Zainal yang dikatakan perlahan-lahan mula berubah.


Semuanya gara-gara gaya tudung dipakai isteri pelakon Aeril Zafrel itu menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya dalam satu perkongsian Instagram.

Foto: IG

“Ala, kenapa pakai tudung macam itu Wawa? Nampak telinga, rambut dan leher. Sedih,” luah seorang netizen.

Tidak kurang juga ada yang menegur pelakon filem Tujuh Petala Langit itu kerana menampakkan auratnya kepada umum.


“Puan Wawa, janganlah bagi tunjuk leher sama telingamu. Tahu itu aurat. Sayang bha sama kau,” tegur netizen lain.



Menerusi perkongsian dalam Instagram, Wawa memuat naik beberapa keping gambar dan video menyanyi lagu Kill This Love nyanyian kumpulan Blackpink bersama anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5.

Dalam video tersebut, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, memakai sehelai selendang yang diikat ke belakang dengan fesyen baju berwarna-warni ketika menjalani sesi fotografi untuk produk keluarannya, Wawa Cosmetics.

Bagaimanapun, Wawa tidak memberi respons terhadap semua komen netizen yang menegur tentang auratnya.

Dalam pada itu, perkongsian pelakon asal Lahad Datu, Sabah itu juga menarik perhatian peminat lain yang memuji kecantikan dia dan Hayla.

“Fotogenik betul. Comel!” komen seorang peminat.

Sebelum ini, Wawa dan suaminya kerap kali menjadi perhatian netizen gara-gara gaya hidup mewah mereka seperti hadiah kereta mewah dan bercuti ke luar negara.

Sekitar Jun lalu, pasangan itu pernah menjadi bualan kerana berkongsi resit bayaran ketika menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular, Salt Bae di London, England yang berharga £1,791.70 (RM10,065.54). –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 22-10-2022 12:06 PM
Dia ni hidung buat,mulut buat.pipi buat. Yg sang laki pula dok try hard ketip ketip bibir nak nampak nipis  
Quote tikusmakmal10 22-10-2022 12:16 PM
bkn haritu prg usrah ke dekwawa ?
Quote nena9042 22-10-2022 12:18 PM
Berapa inci makeup tu
Quote aammyy 22-10-2022 12:20 PM
Cantik tapi mcm takde aura.
Quote SherryZass 22-10-2022 12:21 PM
Overnya make up. Dah buat renovation muka pun still nak pakai make up berkati-kati ke?
Quote AcikBuncit 22-10-2022 01:35 PM
Ni kalo tepuk muka tu berjerebu satu malaysia.. Muka aeril sgt anknye
Quote chocobozhere 22-10-2022 08:11 PM
Kenapa mekap lebih sangat dia ni. Muka tu kan dah cantik..
Quote anony-mous 22-10-2022 08:28 PM
Seramnya mekap sheol. Ank dia terus nmpk x lawa. Sapa la yg mekap ni
Quote syamzana 22-10-2022 08:41 PM
rancangan apa or apa yg cuba anak branak tu cuba lakukan? malu plak iols tgk
Quote Afifi82 22-10-2022 08:49 PM
Xlawanya mekap. Muka elok da buat comel2, di mekap buruk2..
Quote orkid_amani 22-10-2022 09:34 PM
Ank dia xp cabut buang tunggul Gigi lama tu ka? Ank aii dah p buang..setiap 1minggu cabut 1tunggul..4minggu berturut2 p klinik kerajaan..skg dah cantik Gigi tumbuh elok.
Quote mrsbale 22-10-2022 11:21 PM
Tgk pics dia nih tbayang billy the puppet/jigsaw.
Dua2 bg same vibe

Ni mls bukak forum mlm2
Quote missHaidiD 22-10-2022 11:41 PM
Contoh retis tibaiunta
Quote Perawankota 23-10-2022 01:57 AM
Laa dia pon repair muka ke? Tapi kenapa nmpk seram, tak nmpk santek pon
Quote DeLuna85 23-10-2022 02:03 AM
Mcm wan sharmila
Quote putu 23-10-2022 05:48 AM
Jgnla byk sgt alter. Nnt xcomel
Quote imanjannah 23-10-2022 06:00 AM
gambo yg masa diaorg gi usrah, make up wawa paling tebal..
Quote Fly_over 23-10-2022 06:44 AM
tebal sgt mekap. muka dgn kaki jauh beza warna. mata nmpk kecik sbelah. semoga istiqomah. g usrah jgn buat mcm reunion.
Quote ciksom 23-10-2022 08:21 AM
Tujuan asal mekap kan nak cantikkan muka.Muka asal dah cantik.buat apa nak mekap beria. Takkan tak yakin lagi dengan muka asal yg dah cantik. Repair muka pun dah. Dah jadi macam tepong gomak. Org kg aku panggil.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-8-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.107810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top