CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Lama Anak Meninggal Dunia- Suami Masih Tercari-Cari Dalam Bilik, Tercengang Tengok Kubur

22-10-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3641| Komen: 22

Pemergian seorang anak masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah beberapa tahun arwah menghadap Ilahi.

Bagaimanapun, si bapa tidak menunjukkan sebarang emosi dan hanya kelihatan tercengang ketika duduk menghadap pusara anaknya.


"Daddy datang melawat kubur anak kecilnya, tapi dia lupa anaknya dah tak ada," menurut keterangan video yang menunjukkan lelaki berkenaan sedang membersihkan pusara anaknya.



Berkongsi cerita kepada mStar, isterinya, Zainab Zainun berkata, video tersebut dirakamkan ketika menziarahi pusara anak mereka, Allahyarham Adib Afdhal Zulhayani di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


Wanita berusia 44 tahun itu memberitahu, anaknya meninggal dunia pada 30 Januari 2019 ketika usianya 11 tahun kerana kegagalan organ dalaman.

"Sudah lebih tiga tahun dia meninggal. Sebenarnya kami dah boleh move on cuma suami jadi macam tu sebab dia tak ingat... sebab itulah dia asyik cari dan panggil anak-anaknya.

"Suami mengalami masalah ingatan selepas koma akibat komplikasi pembedahan," katanya kepada mStar.

Walau sering merakamkan aksi dan gelagat suaminya, namun kata Zainab, ia bukan dibuat sekadar suka-suka untuk perkongsian di laman sosial.


"Saya kongsi untuk suami tengok balik selepas dia sihat dan ingat nanti. Perjalanan dia dari sakit hingga sihat," ujarnya yang berasal dari Kampung Ulu Bendul di Kuala Pilah.

Menurut Zainab, suaminya yang berusia 46 tahun itu kembali sakit pada Mei lalu dan tidak bekerja kerana hilang ingatan.

"Ada tiga yang major effected selepas kes ini. Jadi, memang tak boleh tinggalkan suami seorang diri, kena guide dia macam budak-budak.

"Ibu bapa saya akan jaga suami semasa saya keluar bekerja. Setakat ini, fizikal dia semakin stabil cuma ingatan ambil masa untuk pulih

"Sekarang saya seorang yang bekerja, memang agak perit juga dengan semua komitmen dan tanggungan anak-anak," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Zainab yang mencari rezeki dalam bidang khidmat pelanggan berkata, suaminya sering memaklumkan tidak mengetahui mengenai anak bongsu mereka sudah meninggal dunia.

"Suami kata tiada siapa yang beritahu dia. Tapi setiap malam sebelum tidur, suami akan sedekah Al-Fatihah kepada arwah.

"Itu adalah rutin dia sejak arwah tiada. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia lupa sebab apabila kami berdua, saya tanya sama ada dia tahu ke Adib dah tak ada, dia kata tahu.

"Tapi apabila sampai waktu dia tak ingat, dia akan cari dan panggil. Dia akan buka semua bilik dan cari selepas tu menangis," katanya dengan nada sebak, sambil menambah suaminya sebelum ini melakukan pelbagai kerja serta berniaga.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Zainab menyifatkan apa jua yang berlaku tanpa mengira susah atau senang terutama ketika sakit, dia seharusnya sentiasa bersama suami dan keluarga.

"Kita kena banyak sabar dan berdoa kerana tiada siapa boleh dengar setiap luahan dan berikan setiap permintaan kita. Hanya padaNya kita berserah dan berharap.

"Sentiasa bersangka baik kerana Tuhan itu sebaik-baik perancang. Saya berharap semoga ingatan suami kembali seperti sediakala dan kami boleh melalui kehidupan normal," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 22-10-2022 11:56 AM
Sedih
Besar ujian ibubapa ni bila anak yg pergi dulu..aku tak sggup. Oo semalam drive laju tiba2 kucing oyen melintas lepas sempat mengelak dri dilanngar keta depan pastu aku nyaris langgar kucing tu plak tp sempat mengelak nasib xde keta belakang kiri kanan. Kucing tu selamat ke tepi moga oyen selamat.
Quote aechae 22-10-2022 12:18 PM
Sedihnyaa

Semoga akak ni kuat tabah bahagia 1 family selalu
Quote cmf_premierleag 22-10-2022 12:24 PM
semoga Puan Zainab diberi kekuatan hadapi dugaan berat ni...kesian, suami hilang ingatan.
penyakit mcm ni bleh jadi pd sesiapa saja
Quote green~tea 22-10-2022 12:26 PM
Sedih nya hati.. semoga family ni kuat
Quote cmf_premierleag 22-10-2022 12:26 PM
nak jaga org yg hilang ingatan ni bukan senang
sbb kita kene explain bende yg sama pd dia berulang kali..mmg bleh jd penat badan,penat otak juga
Quote shida81 22-10-2022 12:30 PM
Ada tgk tt akk ni.. Sedeh tgk mata laki dia merah nk nangis bila carik adib
Quote clarizsa 22-10-2022 12:35 PM
Hubby i pernah mimpi anak meninggal , meleleh airmata dia sebelum terbangun tu pastu terjaga kelam kabut p cek bilik anak .. dia takleh terima mimipi tu katanya
Taktaula cmna kalau jd betul
Quote Decaffeinated 22-10-2022 01:08 PM
Isunya?



Quote Adrif 22-10-2022 01:16 PM
rospinki replied at 22-10-2022 11:56 AM
Sedih
Besar ujian ibubapa ni bila anak yg pergi dulu..aku tak sggup. Oo semalam drive laju tiba2 kuc ...

aku baru nak sedih apesal ko citer pasal oyen haaa
Quote rospinki 22-10-2022 03:09 PM
Adrif replied at 22-10-2022 01:16 PM
aku baru nak sedih apesal ko citer pasal oyen haaa

Saja je nk bgi lari tajuk..sedih nti nk panjang²kan.
Quote noor2 22-10-2022 03:30 PM
Edited by noor2 at 22-10-2022 03:32 PM

Knp nk cerita benda sedih ni TT oiii.........
Quote dua_chzy 22-10-2022 03:40 PM
Decaffeinated replied at 22-10-2022 05:08 AM
Isunya?

Hargailah orang tersayang selagi mereka masih hidup.

Quote rayriff 22-10-2022 09:00 PM
Sedihnya. Puan Zainab tu la kuat. Selalu org perempuan yg x boleh tahan kalau anak meninggal. Ni nak kena cerita berkali2, kat suami anak meninggal. Mesti dia tanya macam mana meninggal. Nak kena cerita balik, teringat balik kesah lama.
Quote mawarputih2612 22-10-2022 09:34 PM
clarizsa replied at 22-10-2022 12:35 PM
Hubby i pernah mimpi anak meninggal , meleleh airmata dia sebelum terbangun tu pastu terjaga kelam k ...

org kata klu kita mimpi org tu meninggal, org tu panjang umur.
org katalah.

Quote me12345 22-10-2022 09:35 PM
Baik cik zainab...
Quote Jiddin 22-10-2022 09:43 PM
Terlerai persoalan meols selama 2 minggu ni.
Last 2 weeks, video Zul ni melintas reel FB meols.
Pn Zainab ni ada rekod perbualan dia dgn suami.
Dia bercakap dgn suaminya lembut mcm ibu bercakap dgn anak. Suami dia pun respon mcm budak2.

Dari situ, meol curious kenapa conditions suami tu camtu. FB Pn Zainab ni pun tak Ada background story pasal suami dia.

Yg lawaknya, sakit2 gitu pun boleh melawak nak tambah bini.

Yg sayu, walaupun dah seakan2 budak2 balik, video dia hntr anak sulungnya sambung ipt, nampaklah aura kebapaan tiba2 muncul risau nak Lepas anak.

Meols speku suami dia jadi mcm Tu Lepas accident dgn arwah anaknya Tu rupanya bukan la ye
Quote kuzaime 22-10-2022 09:52 PM
Mata masuk habuk semoga urusan akak ni dipermudahkanNya, suaminya juga akan sembuh macam sedia kala. Perit bila kehilangan orang tersayang lebih2 lagi ahli keluarga sendiri, mak/bapak/anak2. Rasa macam kosong yg sekosong2nya
Quote rogayahtop 23-10-2022 02:59 AM
Kuatnya akak ni. Dah mcm cerita Drew barrymore tu pulak tiap2 hari adam sandler nak kena tackle gf.

Elokla rakam video bnyk2, nanti dah tutup kilang boleh la tgk video anak2 masa baby. Akak pun menyesal tak banyak video dgn arwah parents.


Quote tenggilingpink 23-10-2022 03:26 AM
sedihnyaa..semoga diberi kekuatan hidup

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077074 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top