CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Kick Dari Grup Whatsapp, Keluarga Tak Suka Isteri Abang Viva- "Dah Banyak Kali Bagitahu Nak Kahwin",

22-10-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16668| Komen: 148

Selepas didakwa berkahwin tanpa restu dan pengetahuan keluarga, Azwan Omar atau lebih popular dengan gelaran Abang Viva akhirnya bersuara menjelaskan situasi yang kini menjadi bualan hangat orang ramai.


Menerusi siaran langsung (live) di Facebook pada Jumaat malam, Azwan menjawab dakwaan tersebut dan dalam masa yang sama memohon semua pihak agar mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

Azwan juga meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan salah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.


Foto: IG

"Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik. Bagi saya dan keluarga ruang.


"Doakan kami dan kami akan bincang secara tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa, itu dah pasti... insyaAllah," katanya dalam siaran langsung tersebut.

Mengulas dakwaan kononnya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bapa, Azwan dengan tegas menafikan perkara berkenaan selain turut menunjukkan paparan perbualannya bersama ibu di aplikasi WhatsApp, sebagai bukti.

"Saya bukan bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan. Saya bernikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah.

"Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih.

"Kali terakhir saya beritahu (nak kahwin) adalah pada 12 Oktober (dua hari sebelum bernikah).

"Selepas nikah, pada 15 Oktober saya ada WhatsApp, 16 Oktober pun saya mesej beritahu dah kahwin. Saya hantar gambar kahwin saya dekat mak berserta video akad nikah sebab saya baru dapat waktu tu," katanya lagi.

Untuk rekod, Azwan yang juga aktif dalam misi bantuan banjir selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Tambah Azwan, dia dan isterinya sepakat untuk bernikah lebih awal dari tarikh asal yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember, atas sebab-sebab tertentu antaranya mengelakkan fitnah dan salah faham orang ramai.

Mengakui terkesan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi kisah pernikahannya dan konflik dengan keluarga tular di media sosial, Azwan berkata dia terpaksa membuat penjelasan menerusi siaran langsung bagi membetulkan salah faham banyak pihak terhadap dirinya.

"Ada tanya kenapa tak bincang dalam grup WhatsApp keluarga? Sebabnya, saya telah dikeluarkan dari grup. Saya kena kick oleh kakak sendiri.

"Ketika itu saya turun ke Baling, Kedah untuk misi bantuan banjir sekitar Julai lalu. Tipulah kalau tak ambil hati, tapi saya anggap ini ujian selepas berkahwin.

"Saya akui, mak dan ayah nombor satu... saya akan balik. Tapi saya tak mahu cerita lebih, akan buka benda tak sepatutnya. Saya tak nak jadi seperti pihak sana. Mohon doakan yang baik-baik," katanya lagi.

Terdahulu pada Jumaat, isu membabitkan Azwan hangat diperkatakan di media sosial susulan hantaran seorang wanita di Facebook, yang dipercayai kakaknya, iaitu Fauziyah Omar.

Dalam posting tersebut, wanita berkenaan mendakwa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya.

Pendedahan kontroversi tersebut mengundang spekulasi daripada netizen, lebih-lebih lagi Azwan baru sahaja melangsungkan pernikahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 22-10-2022 11:19 AM
Apalah yg kakak dia tak puas hati.  Iols kalau tak puashati family group whats app ni iols yg left group.  

At the end of the day, tak semua yg adik beradik cerita kat mak bapak kita, mak bapak kita nak bgtau semua anak2 yg lain.  Kalau gitu mak bapak yg toxic macam nak lagakan anak2.  Biarlah adik kau kawin tak kisab la janda ke little people ke andartu ke at the end of the day dia x mintak ko sponsor hidup dia, dia yg hadap perangai bini/laki dia hari2 bukan kau.  Biar dia live his life the way he wants it.  Tau tau je la dia nanti.   Masing2 dah besar berakal.  
Quote Highflyer19 22-10-2022 11:30 AM
Wow setaraf cikgu padli ada live...hebat2 rakyat jelata skrg
Quote bulalof 22-10-2022 11:32 AM
dia dah kawin pun nak buat musuh. toxic family.....
Quote she 22-10-2022 11:47 AM
Macik idok ler memuja si abam bibah nih
Tapi dedolu katanya dia membela anak sedara dia
Dan dia tak berniat nak kawen sebab nak fokus jaga family

Tup2 dah sampai jodoh

Macik nak tanya 1 soalan
Emak ayah dan kakak nya ni nak menantu yang macam mana?
Abam bibah tu bukan keje korporat ke gomen ke boleh speaking 4 bahasa ke
Orang kampung biasa

Kadang kalau kita tengok
Adik beradik dan ibu bapa orang luar bandar ni
Suka nau berangan macam drama
Berharap dapat menantu sekian2 level
Padahal keluarga sendiri naik kancil duduk rumah teres kos rendah je

Mengaku ajelah mengharap menantu tu dapat ubah dan bantu upgrade life korang kannnn

Memilihhhh yihhhh
Quote lattehazelnut 22-10-2022 11:49 AM
Edited by lattehazelnut at 22-10-2022 11:50 AM

Janda da kawin 4x xkan tau amik hati mertua..
Ramai je yg kawin dgn calon bukan pilihan tp hadap je la mertua tu dtg jenguk..
kalau kne baling periuk lari je la kau kan coach fitness..
kau gak gatal bijik nak kawin dgn anak dia..
Quote ninnakarinna 22-10-2022 11:56 AM
lattehazelnut replied at 22-10-2022 11:49 AM
Janda da kawin 4x xkan tau amik hati mertua..
Ramai je yg kawin dgn calon bukan pilihan tp hadap je  ...


Siapa yg janda da kawin 4x sis? Bini abang viva ke?
Quote kepompong 22-10-2022 11:58 AM
Edited by kepompong at 22-10-2022 03:18 PM
she replied at 22-10-2022 11:47 AM
Macik idok ler memuja si abam bibah nih
Tapi dedolu katanya dia membela anak sedara dia
Dan dia tak  ...


BETUL sgt yach… i kenal ramai org yg diri sendiri ditanggung anak, tapi expect menantu doktor/cikgu/keje professional, lawa ,lembut, alim, taat tak berbelah bagi kat mertua,  baik, pakej lengkap you… tak sedar diri ada anak pompuan terbalik dari yg dia harap menantu perempuan tu macamana.
Quote kepompong 22-10-2022 11:59 AM
ninnakarinna replied at 22-10-2022 11:56 AM
Siapa yg janda da kawin 4x sis? Bini abang viva ke?

janda2 yg dah gatal bijik disuruh berzina je kekdahnya…. tak boleh kawen
Quote ninnakarinna 22-10-2022 12:06 PM
kepompong replied at 22-10-2022 11:59 AM
janda2 yg dah gatal bijik disuruh berzina je kekdahnya…. tak boleh kawen

Maybe suh cari yg duda kawin 4x juga.. Baru sepadan

Anyway.. Jodoh ni Allah tulis.. Kalau usaha mcm mana pun. Bila Allah kata tu, tulah jodoh kau.. Masa tu lah... Lama atau skjap, tu cerita lain.

Harap2 family cepat sejuk lapang dada terima menantu. Takkan nak suruh cerai?
Quote hyie 22-10-2022 12:07 PM
hal internal biarlah diorang settle secara tertutup je. Motif netizen nak menyibuk? kot ye pon dia dikenali ramai, tak perlu la sampai nak judge hal peribadi orang yang bukan kewajiban netizen untuk masuk campur yach. Fefeeling kau tau semua benda leyyyyy choi sangat perangai
Quote cmf_premierleag 22-10-2022 12:11 PM
she replied at 22-10-2022 11:47 AM
Macik idok ler memuja si abam bibah nih
Tapi dedolu katanya dia membela anak sedara dia
Dan dia tak  ...

akak suke komen uols
yup, korang nk menantu mcm mana? abam bibah pun sedar diri dia siapa
mesti family dia acah2 berangannn sgt kan nk yg keje gah la,korporat la,bangsawan la
akak pun x kisah la dia nk kawen dgn sapa pun asalkan bukan dgn budak bawah umur mcm lobai suka pedofil
semoga abam bibah dan isteri bahagia
Quote pocongkiutss 22-10-2022 12:11 PM
ninnakarinna replied at 22-10-2022 12:06 PM
Maybe suh cari yg duda kawin 4x juga.. Baru sepadan

Anyway.. Jodoh ni Allah tulis.. Kalau usah ...

Mcm kakak nilopa n engku meran...kan sepadan tu
Quote gorjeous 22-10-2022 12:12 PM
Doakn yg terbaik untuk mereka..
Quote ladybugz 22-10-2022 12:13 PM
kahwin pun jd masalah ke. i ni ade adik lelaki yg x kawin2 pun rasa nk je dia kawin siapa2 pun pilihan die i akan sokong asalkan org islam sudah. biarla janda ka andartu ka apa2 ka asal hati dia berkenan bahagia alhamdulillah. i akan support. tolong la jgn duk atur2kan sgt lgpun adik hang tu jantan. kalau dah problem x suka boleh je berpisah cara baik. just be happy for him la now. bukan masalah besar pun
Quote NurAlia14 22-10-2022 12:16 PM
kepompong replied at 22-10-2022 11:58 AM
tak suka ckp isu rumahtangga kat ci. tapi lepas terbaca post uols, terasa nak reply betul sgt yach ...

Ank awk pn menantu yg tanggung lg expect menantu tu tunduk dgn die choyy sgt khen
Quote _blackbird 22-10-2022 12:21 PM
Edited by _blackbird at 22-10-2022 04:25 AM

ni mcm pernah jadi kat fam aku. masa abg aku nak kahwin, parent aku tentang habis2an, siap maki2 hina2 lagi ex sil aku, abg aku berkeras nak kahwin juga dah cinta mati kan, parent aku pon tak dtg, aku ada pergi wedding diorg mmg obvoius la fam perempuan mcm tahan malu juga terkesan parent laki tak dtg, yg lain boleh dtg pakcik makcik cousin belah laki. pastu parent aku siap habis duit kat bomoh supaya abg aku bercerai berai. sil aku ada cuba berbaik2 tapi di who are yus kan ajer. sampai 1 masa sil pon malas nak cuba berbaik2, pastu parent aku kata sil aku berlagak pula, dia hina2 kutuk2 lagi sampai la bercerai berai. pastu bila bercerai parent meol blame sil pula kata heshe perempuan jahat menganiaya anak jantan dia. skang ni sil pon dah happy kahwin lain huhuhu
ku harap abg viva ni bertabah & selesaikan je masalah dalaman heshe. kalau mmg fam heshe ni toxic, heshe kena la firm pilih fam or bini. ermm ntah meol sebenarnya tak paham dengan parent yg tak support pilihan anak2. ala stakat janda je bukan ler heshe tu penjenayah ke penagih ke. bukan parent pon nak nak tgk lubang puki janda tu pon
Quote kepompong 22-10-2022 12:22 PM
NurAlia14 replied at 22-10-2022 12:16 PM
Ank awk pn menantu yg tanggung lg expect menantu tu tunduk dgn die choyy sgt khen

selama sblm kawen, anak dia tu yg menanggung parents & anak2 parents (adik2 dia larr ) tapi lepas kawen parents manataw anak lelaki dia dah tak buat part time utk sara family. mmg parents takkan tahu. sbb dorang tak move on lagi masih duduk zaman anak dia menanggung semua. Parents mmg takkan tahu. Dia mahu percaya apa yg dia percaya sahaja. alala pentaksub hamno gitu la.
Quote matamata 22-10-2022 12:22 PM
Kesian jugak dia, bukan dia yg cari glemer... Org ramai yg lebih2... Diam susah... Bukak mulut pun susah
Quote clarizsa 22-10-2022 12:26 PM
Wpun i menyampah dgn dia ni TAPI
Hal cam family mertua ipar duai tak suka tu hmm i sndri pun alami sbb bukan menantu pilihan kan
Serius la annoyed dgn ahli keluarga yg acah2 bagus nak dictate siapa kita patut kawin etc
Citarasa pilihan individu dia yg nak hadap pasangan tu 24jam seumur hidup dia , nak kontrol2 apahal
Kalaupun nk kata tak kekal lama ke apa , lantakla biar la dorang enjoy the moment dulu ,

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.115910 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top