CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Bangladesh Maut Terjatuh Dalam Pembetung

21-10-2022 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1064| Komen: 3

Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam pembetung di Taman Lagenda di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 30 tahun itu dikatakan terjatuh pada kedalaman tiga meter ketika melakukan kerja-kerja pembinaan.



Anggota bomba menaikkan mangsa menggunakan tali sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ JBPM

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.32 petang.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki warga Bangladesh terjatuh ke dalam pembetung berkedalaman tiga meter.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menaikkan mangsa menggunakan tali sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-10-2022 10:02 PM
Takziah kepada keluarga mangsa
Quote Orenn1 21-10-2022 11:11 PM
Kesiannya. Ni kemalangan masa buat keja ke? Apa punya tempat ni, bahaya ke org blh jatuh mcm tu?
Quote airfilterkotor 21-10-2022 11:31 PM
Abam bomba turun bawah pun pakai PPE+oxy tank.
Confined space ko turun bawah melenggang memang carik penyakit la namanya.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.175142 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top