CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liz Truss Umum Letak Jawatan PM, Terus Pound British Melonjak

21-10-2022 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1847| Komen: 16

Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Sterling didagangkan melebihi AS$1.125 pada sebelah petang selepas mencecah AS$1.13 pada awal sesi.


The Telegraph

Perletakan jawatan Truss susulan belanjawan mini yang dibentangkan kerajaannya serta idea beliau mencetuskan pergolakkan dalam pasaran kewangan dan ekonomi, beberapa siri peletakan jawatan lain dan pemecatan dalam kerajaannya, serta isu disiplin dan perpaduan dalam Parti Konservatif.

Truss merupakan perdana menteri paling singkat pernah berkhidmat dalam sejarah Britain dengan hanya 44 hari memegang jawatan.

Nilai pound Britain susut hampir 17 peratus berbanding dolar AS sejak awal tahun ini, ketika negara itu berhadapan dengan inflasi yang melonjak dan bil tenaga yang tinggi.

Menurut data terkini, kadar inflasi tahunan rakyat di Britain meningkat kepada 10.1 peratus pada September.
Bank of England menaikkan kadar asasnya sebanyak 50 mata asas kepada 2.25 peratus daripada 1.75 peratus - iaitu kenaikan ketujuh berturut-turut oleh bank pusat itu.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-10-2022 10:09 PM
Umo bru 47thn..behenti lpas 44hari
Quote sharlenetexas 21-10-2022 10:13 PM
Kwasi kwarteng tersenyum sinis.


Quote Firenzza 21-10-2022 10:41 PM
Sentap & koyak la tu
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2022 10:59 PM
BoJo tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2022 11:00 PM
Nigel Faraj tersenyum sinis
Quote Kitty_catz 21-10-2022 11:03 PM
Wahh gbp tersenyum sinis dekat myr
Quote Flamencho 22-10-2022 12:39 AM
Hari ni memorex dengan senyuman
Quote mbhcsf 22-10-2022 12:41 AM
hehehe...wow...pepenat je mendiang QEII jumpe , bagi watikah  itu hari ....So Boris Johnsson tersenyum sinis, ketika    bersandaran  di bangku hijau di House of Commons ?
Quote cmf_jeangrey 22-10-2022 01:00 AM
Pompuan ni buat annnouncement resign sambil tersengih2...nmpk sgt nk cover kemaluan sheol
Quote me12345 22-10-2022 02:08 AM
Jd PM semata mara menguburkan Queen E je achievement nye...
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 02:42 AM
Liz Terus umum letak jawatan tu yang tak menahan tu
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 02:46 AM
Bakal menyusul di Malaysia: atokcow ijau mumia fosil ron97tahun terus masuk liang lahad selepas dilantik menjadi Perdana Muntri selama 22 hari
Quote tikusmontok 22-10-2022 06:22 AM
batmana replied at 21-10-2022 10:09 PM
Umo bru 47thn..behenti lpas 44hari

Patut tunggu 3hari lagi baru cantik nombor, beli keta baru
Quote ekselen 22-10-2022 09:25 AM
cehhh..baru nk beli pound ni..dah melonjak plk dahhhhh
Quote Adrif 22-10-2022 10:36 AM
aku tergelak tengok berita semalam bila lalu bab ni
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:24 PM
kejapnyerr dia pegang jawatan. kalau menteri negara kita nih, skali dpt jawatan sampai ke tua tak nak lepas position depa tuh haha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083886 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top