Keterujaan wanita berkongsi video lamaran perkahwinannya di TikTok bagaimanapun mendapat respons negatif netizen.
New York Post semalam melaporkan, Sukhmin Garcha, 27, membawa kelainan apabila melamar pasangannya, Shiraz Brar, 27, pada Julai lalu. “Saya sentiasa terbuka untuk melamar. Saya pada awalnya gementar mengenainya dan mahu mencari masa yang sesuai untuk melakukannya,” kata Garcha kepada agensi berita Caters News Agency. Ketika itu, teman lelakinya menampilkan senyuman lebar, selain ahli keluarganya sangat menyokong tentang keputusannya untuk melamar.
“Saya menerima banyak komen negatif di TikTok. Kebanyakan mereka berkata, ‘lebih baik saya mati’, ‘dia tidak mempunyai harga diri’ atau sebagainya. “Komen negatif itu kebanyakannya diutarakan oleh wanita dan ia sangat mengejutkan. Ramai lelaki pula besetuju apabila dilamar oleh wanita,” katanya. Walaupun menyaksikan komen negatif, Garcha tetap menggalakkan wanita lain untuk melamar apabila mereka bersedia. Selepas video itu tular, Brar memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk melamar sejak sebulan lalu tetapi Garcha bertindak lebih awal. “Saya percaya kita perlu melanggar norma dan menjalani kehidupan dengan potensi penuh. Dalam dunia ini terlalu banyak perkara negatif, kita harus memilih untuk menyebarkan kebaikan dan kasih sayang,” tambahnya. Sumber: Kosmo
|
gideoncross replied at 21-10-2022 02:41 PM
X slah pun prmpuan yg propose dlu aslkn dgn cra yg baik sbb llaki zmn skrg x smuanya pndai buka lngk ...
Orenn1 replied at 22-10-2022 07:05 AM
bukan saja tak pandaii buka langkah, byk benda yg dorg tak pandaiii lol
Orenn1 replied at 22-10-2022 07:04 AM
Ok jah pompuan lamar klu dah bersedia n bf dia mmg jenis jantan baik, berbaloiii lah nak lamarr pun. ...
ADVERTISEMENT