CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dia Jalin Hubungan Dengan Anak Saya' - Lelaki Tinggal Bini, Bercinta Dengan Anak Tiri

21-10-2022 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1518| Komen: 3

Seorang wanita berkongsi satu kisah di laman Reddit mengenai bekas suaminya yang membina sebuah keluarga dengan anak perempuannya, lapor akhbar New York Post semalam.


Tiffany, 40, berasa semua impiannya seakan menjadi kenyataan apabila bertemu dengan Mark. Pada ketika itu, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


Gambar hiasan

“Hidup saya terasa sempurna. Pada 2010, saya melahirkan seorang anak lelaki dengan suami saya. Saya ada dua anak, suami yang hebat, rumah, kereta dan kerja yang bagus. Kehidupan yang hebat.

“Suami saya kemudian memberitahu bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan anak perempuan saya dan meninggalkan saya untuk dia,” katanya.


Tiffany ketika itu menyedari bahawa setelah tujuh tahun, dunianya yang sempurna akan runtuh. Mark memaklumkan perkara itu sejurus selepas ulang tahun anak perempuannya yang ke-18. 

Tiffany bagaimanapun tidak menghalang pasangan itu untuk meninggalkannya, manakala anak perempuannya tidak faham mengapa ibunya sangat kecewa dan marah.

Setahun kemudian, anak perempuannya hamil dan Tiffany ketika itu memutuskan untuk menjauhi mereka dari hidupnya.

Setelah empat tahun, anak perempuannya mengandung pula anak kedua. Bekas suaminya yang kini berusia 44 tahun sudah mempunyai dua anak dengan anak perempuan Tiffany yang kini berusia 22 tahun.

“Anak-anaknya (Mark) ialah cucu saya yang juga merupakan adik-beradik tiri kepada anak perempuan saya. Ia menjijikkan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 21-10-2022 10:06 PM
Anak dia dah digroom..tu yg x rasa bersalah walaupun incest.
Quote _kelly 21-10-2022 10:24 PM
tak cukup ig, tiktok..cerita kat reddit pun kutip buat bahan bukak tred
Quote kelana36 21-10-2022 10:46 PM
macam sekandang kambing yang aku bela jer...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.098501 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top