Perkongsian beberapa keping foto mesra pelakon Norreen Iman bersama suaminya, Razzi Razak di laman Instagram menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, Norreen meluahkan rasa sayang terhadap Razzi selain mendedahkan bukan mudah suaminya untuk memikat hatinya. Foto-foto mesra yang dikongsikan itu diambil ketika pasangan suami isteri tersebut menikmati percutian di Resorts World Cruises. Seperti yang dijangka, Norreen turut memuat naik foto dia bercumbuan dengan suami namun dikaburkan. Bagaimanapun, pelakon drama siri Rindu Awak Separuh Nyawa ini memilih untuk tidak membuka ruang komen di perkongsian tersebut. Sumber: Gempak
|
Perawankota replied at 21-10-2022 08:07 PM
Nampak td mcm update kena covid...
bankerpencen replied at 21-10-2022 08:37 PM
Baru tau dah berlaki rupanya. Ada juga yang nak
ADVERTISEMENT