Sebut saja nama pelakon Puteri Balqis, pasti ramai yang mengingati bakat lakonan yang cukup mengagumkan. Semakin meningkat remaja, penampilan dan perwatakan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjadi perhatian ramai sehingga berjaya membuatkan orang ramai tertarik dengan sifat semula jadi gadis itu.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok, @hotspotprinting yang berkongsi video Aqish sedang duduk di sebuah sofa sambil memberi ‘review’ mengenai baju yang dipakainya. Gaya percakapan lemah lembut Aqish ketika menjawab soalan pemilik akaun terbabit menarik perhatian warganet dan mengundang reaksi positif orang ramai yang menyifatkan pelakon tersebut seorang yang sangat rendah diri.
Menjengah di ruangan komen, netizen turut memuji wajah Aqish semakin berseri-seri dan dilihat matang meskipun baru berusia 15 tahun.
|
pocongkiutss replied at 21-10-2022 10:33 AM
Seiras betul dgn Aedy Ashraff
ADVERTISEMENT