Pembantu peribadi kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengambil keputusan melepaskan jawatan berkenaan selepas mengorak langkah bergelar seorang penyanyi.
Diyla berkata, dia berlapang dada dengan keputusan tersebut dan berterima kasih atas semua tunjuk ajar Vida terhadapnya sepanjang 12 tahun bersama usahawan itu. "Berakhirlah perjalanan saya bersama DSV (Datuk Seri Vida). Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas. Terima kasih untuk segala jasa dan semua ilmu diberikan. "12 tahun kita bersama dalam waktu jatuh bangun, suka duka berjuang dalam perniagaan. Terima kasih Datuk Seri Vida," katanya.
Diyla berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya berserta foto-foto kenangan bersama usahawan terkenal berkenaan. Dalam pada itu, Diyla berharap, bekas majikannya itu tidak bersedih dengan pengunduran dirinya memandangkan masih ramai staf yang berada di sisi usahawan tersebut. Diyla turut mendoakan agar Vida sentiasa diberi kekuatan untuk terus kehadapan dalam memajukan lagi perniagaan. "Saya doakan DSV terus kuat untuk kedapan hari. Tak mengapa hilang saya seorang sebab ramai lagi dibelakang DSV yang baik-baik. "Akhir kata, terima kasih Datuk Seri Vida sang pari-pari saya," ujarnya. Sementara itu, Vida masih belum membuka mulut mengenai keputusan pembantu peribadinya itu termasuk berhubung Diyla melancarkan lagu pertamanya. Terdahulu, Diyla menjadi perhatian ramai apabila tampil tidak bertudung semasa melancarkan single pertamanya berjudul Khilaf duet bersama Tiktoker Faiz Aizif. Diyla menjelaskan dirinya memang masih belum bertudung dan hanya memakai hijab apabila bekerja sahaja. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT