CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaluan Luka, Budak 4 Tahun Didera Bapa Angkat Kerana Buang Air Besar Di Tilam

21-10-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2891| Komen: 33

Seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya berusia empat tahun hanya kerana membuang air besar di tilam dan tidak mahu makan di sebuah pangsapuri di daerah ini.


Kejadian itu turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum melaporkan kepada polis semalam.


Kanak-kanak berusia empat tahun menjadi mangsa dera bapa angkat di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya. FOTO ihsan polis

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu bermula bulan lalu dan terbaru dia melakukan perbuatan itu jam 7 malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur mereka memarahi mangsa.

Menurutnya, wanita terbabit juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.

"Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.

"Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu pada jam 5 petang semalam, polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.

"Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 21-10-2022 05:54 PM
Ceh miskin la tu dekkk… lepaskan geram kat budak tek berdaya ke dekkkk?
Quote pooh~key 21-10-2022 05:54 PM
Dah apahal dengan akak ni dek? Nak taip tak, jadi tek dek. Dah kelucahan la pulak bunyiknya dekkkk!
Quote Goodluckdontcry 21-10-2022 06:21 PM
Kalau Diri sndr pun xmampu nak jaga..jgnla gatal mereyam nak amik Anak angkat.. akhirnya KO yg  kementalan..siap pakej dera budak..budus..lain Kali jgn nak acah2 prihatin Amik Anak angkat kalau Diri Tu spesis tenuk..
Quote Carcosa 21-10-2022 06:35 PM
Kau kalau kais pagi makan pagi, kais petang tak makan langsung , kau jgn lah berangan mcm kau tu mewarisi harta Queen Elizabeth ok. Kau ingat jaga budak ni senang ke, hanjing?? Dah tau miskin, jgn ambik anak angkat. Walaupun mak dia serah ke engkau, kau pegi lah serah ke Baby Hatch tu, hanjing. Hah. Faham tak, hanjing? Kau dera budak tu kenapa? Hah hanjingggggggg
Quote Page88 21-10-2022 06:46 PM
Oh come on... he is still a child. Some people should not have children. Bloody hell!!!
Quote Page88 21-10-2022 06:47 PM
Oh come on... he is still a child. Some people should not have children. Bloody hell!!!
Quote missyL 21-10-2022 07:20 PM
Dah elok xde anak
Amek plk anak angkat
Pastu dera
Mereput la ko dlm jel
Quote Supersirap 21-10-2022 07:24 PM
Kasihannya anak ni, kenapalah boleh jadi sampai begitu, mental betul lah
Quote airmineral 21-10-2022 07:27 PM
aduiiii budak tu xsalah woi
moga ko xaman hidup sbb dera budak tu
Quote renko 21-10-2022 07:33 PM
bodoh sakai orang cmni
taruk sarang kerengga dalam seluar si bodoh pendera ni
Quote Lentera 21-10-2022 07:59 PM
Kesian budak tu.. Sedih btui laa
Quote sweetrevenge16 21-10-2022 08:15 PM
Sedihnya
Quote miss_bear 22-10-2022 12:04 AM
Aku cubit konek kau pulak sialllll!!! Boleh banyak2 tempat kau seksa budak 4 tahun tu kat situ. Dasar anjing pun tak sehina kau lah sial. Baik bagi anjing gigit je konek kau tu sampai putus. Bodoh punya bapak angkat. Manusia apa macam ni, binatang pun tak macam kau.
Quote clarizsa 22-10-2022 12:06 AM
Aduh luluh hati i tgk gambar
Kesan kecederaan teruk dan bekas lama , tersiksa budak kecik tu
Baru umur 4 tahun kot , bukan reti apa lagi
Berita ni buat i rasa cam nak baling pisau tajam bagi kena leher pendera tu
Quote clarizsa 22-10-2022 12:09 AM
Kesiannya budak tu
Apa salah dia
I kalau jatuh susah cmna pun i akan pastikan anak selesa dan tak cedera
Quote mayakaren 22-10-2022 12:11 AM
Kalau anak tu disayangi dgn ikhlas, besar ganjarannya. Tak boleh fikir mcm tu ke. Semoga tuhan lindungi anak ni.
Quote matjerk 22-10-2022 01:19 AM
Mona Din x up lg kan cerita ni? Aku rasa puas klu MD up... sbb dia berani..n akan follow up smpai ke lubang cacing...
Quote matjerk 22-10-2022 01:39 AM
Mona Din x up lg kan cerita ni? Aku rasa puas klu MD up... sbb dia berani..n akan follow up smpai ke lubang cacing...
Quote primarikey 22-10-2022 01:57 AM
Kesiannya
Bintik2 itam kat peha/punggung dia tu kesan kudis ke kesan dera....kalau kesan kudis gatal2 memg kesian sgt la

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.207591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top