Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 49, merestui anaknya Putri Dahlia, 18, meneruskan kerjaya nyanyian selepas semua permohonannya untuk melanjutkan pengajian di universiti tidak berjaya.
Nora berkata, Putri Dahlia sebenarnya sangat berminat menjadi guru bahasa Inggeris, namun dia reda rezeki untuk menyambung pengajian belum kesampaian. "Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. "Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia. Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat.
"Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi," katanya. Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga mendoakan Putri Dahlia memanfaatkan sepenuhnya bakat yang ada. Dia yakin anaknya itu mewarisi bakat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi. "Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. "Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah," katanya.
|
nyoyoyenye replied at 21-10-2022 05:47 PM
saba la sikit lagi tunggu panggilan kedua upu takpun masuk mana2 ikm ke poli ke.
ke masa isi upu mai ...
Namy1971 replied at 21-10-2022 06:44 PM
Anak sheolls ni ke yg dulu kantoi bercumbuan dgn pakwe tu??
chanthik replied at 21-10-2022 06:38 PM
Famous letops letopa ya sheols di Spotify, 4 juta listeners - sebaris dgn BBNU Indonesia yang ada se ...
lyshafull: ipts ade nyah jgn jadikn alasa ...
ADVERTISEMENT