Peminat yang tertunggu-tunggu konsert solo Dimash Kudaibergen berjudul STRANGER di Axiata Arena Bukit Jalil pada 19 November ini bagaimanapun kecewa kerana ia terpaksa ditangguhkan.
Pihak penganjur, ACO MEDIA dalam satu kenyataan mengumumkan khabar sedih mengenai konsert penyanyi dari Kazakhstan yang terkenal itu yang terpaksa ditangguhkan kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada hari sama. “ACO MEDIA telah membuat keputusan untuk menangguhkan keseluruhan persembahan sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas kesulitan untuk menangguhkan konsert Dimash QUDAIBERGEN pada 19 November di Axiata Arena."
Peminat yang kecewa berharap pihak penganjur akan mengubah tarikh pada hari seterusnya iaitu 20 Oktober 2022, sehari selepas hari mengundi. Menurut pihak penganjur ACO MEDIA di Instagram, tiket akan mula dijual mulai hari ini (21 Okt 2022), 11 pagi dan seterusnya di www.ticket2u.com.my Harga tiket VIP RM1288,CAT 1 RM988, CAT 2 RM788, CAT 3 RM588, dan CAT 4 RM388. Sumber: Murai
|
cikatilia: ehh sapa dia ni
ADVERTISEMENT