CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Berkerusi Roda Dalam Sepahtu Reunion

21-10-2022 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1728| Komen: 5

Penampilan Ebby Yus berkerusi roda di lobi sebuah hotel bagi menghadiri program Sepahtu Reunion Live Tour 2022 di Pasir Gudang, Johor mendapat perhatian peminat.


Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak selepas kakinya terpelecok ketika ingin keluar bekerja baru-baru ini.


IG Ebby

"Pada awalnya saya jatuh terpelecok ketika hendak keluar bekerja tetapi saya tidak dapatkan rawatan meskipun sudah mula rasa sakit ketika itu.

"Seminggu selepas itu, keadaan kaki bertambah teruk dan ketika itulah saya dibawa ke hospital," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, pelakon dan pelawak itu berkata, disebabkan insiden berkenaan dia ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selama empat hari bagi mendapatkan rawatan.

Sejurus selepas dibenarkan pulang, Ebby berkata, dia tetap meneruskan kerja seperti biasa termasuk membuat kemunculan bersama Sepahtu dengan menggunakan kerusi roda.

"Ketika itu saya memang tak boleh berjalan lagi, jadi saya minta izin untuk guna kerusi roda.

"Balik sahaja daripada program berkenaan, saya jatuh pengsan dalam bilik air... mungkin kerana terlalu banyak berjalan, saya seolah-olah memaksa kaki untuk memijak," jelasnya.

Disebabkan itu, Ebby berkata, dia dibawa dengan ambulan ke Hospital Kuala Lumpur dan dirawat selama 12 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sementara itu, meskipun keadaan kakinya belum pulih namun Ebby berkata, dia tetap meneruskan perjalanan ke Johor bagi menyertai acara jelajah bersama Sepahtu.

Kata Ebby, pihak produksi memintanya berehat namun disebabkan komitmen dan rasa tanggungjawab, dia tetap turun padang bertemu dengan peminat.

"Apa yang anda lihat saya berkerusi roda di Instagram adalah kerana ingin mengurangkan berjalan disebabkan kaki belum pulih sepenuhnya.

"Tetapi Insya Allah pada malam ini (Jumaat) saya akan beraksi tanpa kerusi roda. Alhamdulillah, saya kini sudah boleh berjalan," jelasnya.



IG Ebby
Tambah Ebby, dia juga masih perlu menerima rawatan susulan bagi memastikan kakinya pulih dengan baik selain membuat pemeriksaan kesihatan lain seperti jantung dan buah pinggang.

Ebby turut memohon dia peminat agar diberikan kesembuhan dan tahap kesihatannya beransur pulih seperti seperti biasa.

"Tempoh hari bacaan buah pinggang saya tiba-tiba naik mendadak dan ia agak membimbangkan tapi Alhamdulillah selepas buat imbasan, bacaan itu turun semula.

"Mudah-mudahan saya minta izin daripada Allah dan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan saya bagi mempermudahkan segala urusan kerja.

"Saya masih ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan insyaAllah selepas ini saya akan mengambil masa untuk berehat," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 21-10-2022 03:06 PM
kalau artis2 baru terkena incident mcm ni, mintak MC berminggu2 gaya nya. terus up kat media sosial sambil menangis teresak esak. lemah! tapi lapar perhatian.
ok bye
Quote nawtylulu 21-10-2022 03:26 PM
bile otai2 bekerja.. stiap peluang dihargai.. sggup dtg wlaupon sakit..
Quote TabletSusu 21-10-2022 04:09 PM
nawtylulu replied at 21-10-2022 07:26 AM
bile otai2 bekerja.. stiap peluang dihargai.. sggup dtg wlaupon sakit..

sbb pada dorg tu tanggungjawab kan. dan jgk kerja.. kena kerja utk dpt duit. x mcm bbnu skrg ni.. tau nak glemer je
Quote silampumeja 21-10-2022 04:35 PM
Masa dia sakit dulu semua kedai chinese muslim dia tutup ya... Skrg kenalah bekerja kuat utk teruskan hidup kan... Cum satu je ebby yus ni skrg masuk sepahtu reunion banyak selit lawak double meaning... Kurang2kan... Bakat dah ada dh pun
Quote awexgaban7 23-10-2022 11:41 AM
GWS ebby yus..bagus dia ni...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050641 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top