CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekurangan Telur Di Johor, 10 Juta Biji Seminggu Pun Tak Cukup

21-10-2022 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 674| Komen: 0

Johor merekodkan pengeluaran telur ayam sebanyak 10 juta biji melibatkan semua jenis gred telur pada setiap minggu.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, jumlah pengeluaran itu masih tidak cukup dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan mengatasi masalah tersebut.


FB Lee Ting Han

Jelas beliau, KPDNHEP Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mempertingkatkan bekalan telur ayam dalam usaha mengatasi kekurangan bekalan di negeri ini.

"Daripada segi bekalan telur ayam ini, jumlahnya adalah sama iaitu lima juta bagi telur gred A, B dan C dan lima juta lagi adalah gred lain yang bukan berada di harga kawalan.


"Melalui tinjauan juga, kuantiti telur ayam tidak cukup tetapi bekalan ada. Kita sedang mencari di mana pergi telur ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Lotus's Mutiara Rini di sini pada malam Khamis.

Pada Rabu, Ketua Setiausaha KDPNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata, terdapat beberapa negeri berdepan isu kuantiti telur ayam tidak mencukupi antaranya Melaka, Johor, Terengganu.

Menurut Ting Han, KPDNHEP Johor akan menjalankan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan akibat kekurangan bekalan itu dengan menjual telur ayam pada harga yang tinggi.


FB KPDHEP

Setakat ini kata beliau, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai isu itu namun meminta rakyat dapat melaporkan kepada KPDNHEP bagi penjualan telur gred A, B dan C yang dibawah harga kawalan.

Ditanya mengenai berita tular di media sosial berkenaan telur ayam tercemar mengandungi bakteria yang dikesan di Singapura dijual semula di daerah ini, Ting Han berkata, pihaknya belum menerima aduan mengenai dakwaan tersebut.

Jelasnya, sekiranya ada, aduan perlu dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana yang menjaga kawal selia perkara ini adalah Jabatan Veterinar dan pihak KKM.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.104067 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top