CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baik Punya Landing Pukul 2 Pagi, Nak Tumpang Ke Mana Tu?

21-10-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3996| Komen: 25

Meremang bulu roma apabila tular di media sosial gambar memaparkan objek putih didakwa pocong berada di atas kenderaan polis yang sedang bergerak pada waktu malam.


Kejadian dipercayai berlaku di daerah ini dan dirakam pemandu pengguna jalan raya yang berada di belakang kenderaan yang ditulis perkataan 'POLIS.'


Gambar tular memaparkan objek putih di atas kenderaan polis yang sedang bergerak. FOTO ihsan pembaca

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, berdasarkan gambar yang tular, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Seremban-Tampin dari Pekan Chengkau ke Kampung Tanah Datar, di sini, kira-kira 2 pagi kelmarin.


"Berdasarkan gambar itu, kenderaan terbabit adalah dari Balai Polis Kota. Bagaimanapun kesahihan gambar itu masih belum dapat dipastikan sama ada ia tulen atau sudah disunting.

"Pihak kami juga cuba mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan bagi mengesahkan kesahihannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu antara cabaran yang perlu dihadapi polis dalam menunaikan tugas.

"Dalam tugas menjaga keamanan penduduk setempat dan melakukan pemantauan, kejadian seperti ini cabaran yang perlu ditempuh anggota serta pegawai," katanya.

Sejak semalam tular imej berkenaan yang menunjukkan objek putih yang menyerupai pocong yang sedang terbaring di atas kenderaan pacuan empat roda milik polis.

Ada warga maya secara berseloroh memuat naik komen kononnya pocong berkenaan sedang menumpang kenderaan berkenaan untuk ke satu destinasi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Flamencho 21-10-2022 03:59 PM
Takut banyak kejadian macam ni menjelang hari mengundi nanti[em:22:]
Quote SWORKS27 21-10-2022 04:01 PM
ni semua rating menaikkan konten je
Quote venom1 21-10-2022 04:02 PM
teringat cerita Mandi Mayat lakonan Zul Ariffin tu
Quote jejaka_hensem 21-10-2022 04:09 PM
Kalau balik kje malam2,selalu dpt hibeam dari kereta belakang.bila dah slow,dia pun slow jugak xnak potong.

Adakah dia nampak 'penumpang' atau aku bawak laju sgt
Quote TabletSusu 21-10-2022 04:11 PM
venom1 replied at 21-10-2022 08:02 AM
teringat cerita Mandi Mayat lakonan Zul Ariffin tu

best x citer ni ven? ulangan aritu pun x smpt tgk.
Quote pasa 21-10-2022 04:17 PM
Flamencho replied at 21-10-2022 03:59 PM
Takut banyak kejadian macam ni menjelang hari mengundi nanti[em:22:]

tu cerita lapok sistur bangla 10k bangla setenbai kat eport, belek aut, pengundi hantu, pecah sempadan, org mati blh ngundi bosan. skg dah 2022 kene cari skrip lain
Quote mdhelmi 21-10-2022 04:43 PM
asal hantu je baju putih
asal baju putih je hantu
dah takde baju lain ke dia nak pakai
ada member yg boleh nampak
katanya 'benda tu' selalunya nampak samar2
pakaian selalunya lusuh kotor rabak
bukan baju putih macam baru lepas dobi
dan selalunya bukan baju putih pun
itupun kalau dia berbaju
gaya pun dah serabut apetah lagi muka dia
kalau dia nak datang dia takyah tenggek atas moto/kete
dia lagi laju dari tu


Quote Minyakyuyi 21-10-2022 04:45 PM
TabletSusu replied at 21-10-2022 04:11 PM
best x citer ni ven? ulangan aritu pun x smpt tgk.

bes jgk...sbb mulut zul kata kt org bunuh diri,kena la badi mayat tu..
Quote Solokkk 21-10-2022 04:50 PM
Ingatkan berita caprut dari indon jongos
Quote gideoncross 21-10-2022 10:54 PM
Solokkk replied at 21-10-2022 04:50 PM
Ingatkan berita caprut dari indon jongos

Bila uol sbut "Caprut", iol tringat kat sorg forumer ni yg sllu post gmbr "Caprut" tu.
Quote sekngucing 21-10-2022 11:36 PM
mdhelmi replied at 21-10-2022 04:43 PM
asal hantu je baju putih
asal baju putih je hantu
dah takde baju lain ke dia nak pakai

itu warna asas utk kehidupan ni
Quote cmf_premierleag 21-10-2022 11:38 PM
tak heran la kalo ada pocong ataih keter depa pun..dah memasing pun suka sakau rasuah kan
so mahkluk iblis setan pun suka la berdamping skali
Quote green~tea 21-10-2022 11:59 PM
mdhelmi replied at 21-10-2022 04:43 PM
asal hantu je baju putih
asal baju putih je hantu
dah takde baju lain ke dia nak pakai

Aku dengan kawan aku pernah tengok entiti itu.. confirm bukan putih.. tp kelabu kepammmmmm carik2
Quote airfilterkotor 22-10-2022 12:02 AM
Ntah² abam polis bawak cadar/selimut tebal ikat persis pocong atas bumbung hantar pi dobi.
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:39 PM
seram. boleh bergegar jantung kalau drive mlm2 tiber nmpk benda gini
Quote edayildiz 23-10-2022 08:50 PM
Edited by edayildiz at 23-10-2022 08:51 PM

clear bethol gambar..
i dh la selalu jgk balik mlm
i kalau keluar mlm ke time maghrib mmg i bca ayat kursi sblm masuk dlm umah sbb pnh jd i bwk kucen p vet..kiranya dlm kul 8 mlm sampai umah tu kucen i tiber mcm nmpk antu..tkt sgt2 dia.. adik i ckp jom kita lari..tgl kucen p tdo umah kakak kitorg..i pulak xsgp nk tgl kucen..i bca tiup2 kt bdn kucen..he asik tgk syiling..pastu miaw miaw ketakutan..xpnh gitu..
masa dlm keta herlok jer dia..xtau antu dr vet atau mana..atau dr lift ..mayb ada negro yg satu lift bela saka
Quote jfq 23-10-2022 08:54 PM
Asal gambar hantu mesti kamera hauk nokia 3310
Quote dua_chzy 23-10-2022 08:57 PM
Hahahaha

Aiol pernah nampak menda ni tengah2 jalan tapi boleh pulak aiol husnuzon kot barang jatuh (dalam fikiran aiol, kain putih gulung) jatuh dari lori. Kawan dah pucat kat sebelah. Mati2 dia kata pocong, aiol lak mati2 kata kain biasa.

Tapi bila fikir balik baru sadar kain hapa helik terlentang tengah jalan. Dah la sekali tu ja aiol pernah nampak.
Quote mojarean_X 23-10-2022 09:00 PM
jfq replied at 23-10-2022 08:54 PM
Asal gambar hantu mesti kamera hauk nokia 3310

Nokia 3310 ada kamera ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067818 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top