CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus Hartanah Tak Mengaku Campak Kucing Dari Tingkat 15

21-10-2022 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 420| Komen: 4

Seorang pengurus hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencampak seekor kucing dari tingkat 15 sebuah pangsapuri, Isnin lalu.


Cham Kam Kin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.


Kam Kin (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi menghadapi pertuduhan mencampak seekor kucing hingga mati, Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat ke atas seekor kucing dengan mencampakkannya dari tingkat 15 hingga menyebabkan kematian haiwan itu di sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9 di sini pada jam 7.30 malam, 17 Oktober lepas.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Kailash Sharma merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara seorang anak berusia lapan tahun.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari 2023 untuk sebutan kes.

Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki diberkas selepas didakwa mencampak seekor kucing dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9 di sini.

Tangkapan dibuat susulan laporan dibuat seorang individu pada malam hari kejadian.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 22-10-2022 02:29 AM
Belibis: Apa maksud pengurus hartanah.. ...
iolls rasa property agent la kot
Quote zarulnazmi 22-10-2022 02:11 AM
ada jenis orang yang kalau ditunjukkan bukti sekalipun pun tak akan mengaku bersalah sebab bukan dia tak mengaku lakukan perbuatan cuma takde rasa bersalah bila buat kesalahan.
Quote Belibis 21-10-2022 07:41 PM
Apa maksud pengurus hartanah..tapi tiada pendapatan tetap?? Ke macam salesman?
Quote cikatilia 21-10-2022 04:41 PM
takde keje dari keje

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.029881 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top