CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Darjah 5 Maut Dihempap Tiang Gol

21-10-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1691| Komen: 7

Seorang murid Tahun Lima maut dihempap besi tiang gol dalam kejadian di padang bola Pekan Manggatal di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari, mangsa lelaki berusia 11 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.


Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian murid Tahun Lima maut dihempap besi tiang gol dalam kejadian di padang bola Pekan Manggatal pada Khamis. -Foto: Media sosial, gambar kecil: Mohd Zaidi

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika kejadian bapa mangsa yang juga pengadu berada di lokasi untuk melihat aktiviti sukan tahunan sekolah.


"Pengadu ternampak sekumpulan murid berkumpul dan bertindak menghampiri sebelum memdapati anaknya dalam keadaan terbaring kerana dihempap besi tiang gol.

"Guru yang berada di lokasi telah menghubungi talian kecemasan 999 dan anak pengadu dihantar ke Hospital Likas dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia kerana kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat kemalangan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-10-2022 02:59 PM
Bukan kes pertama kes sama pernah terjadi dulu
Quote haruslah 21-10-2022 03:03 PM
Dah pernah terjadi
Harap sekolah amik tindakan awal supaya x berulang
Quote CiliPadiSedap 22-10-2022 11:03 AM
dulu pernah berlaku kes ni. harap2 mana2 tiang gol tolong letak batu bata atau tambat dekat tiang tnb ikat kt tiang tnb
Quote Flake123 22-10-2022 11:36 AM
Masa darjah 5 pun aku pernah kena hempap tiang netball. Pening kejap kepala. Sakit gila siot. Pastu aku stop main netball selama2 nya
Quote safuan 22-10-2022 11:41 AM
Welding tak ikut spec...hanya tag welding di joint ...sepatutnya full welding
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2022 11:55 AM
football1.gif
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:59 PM
salam takziah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.085656 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top