Fazura tidak dapat menahan sebak melihat keadaan wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sendiri, Jahidah Nordin.
Perkara itu dimaklumkan adik Jahidah, 43, iaitu Fauziah Nordin, 40, menerusi laman Facebooknya. Menerusi hantaran itu, dia berkongsi mengenai lawatan pasangan selebriti Fazura dan suaminya, Fattah Amin di rumah keluarganya di Sendayan. "Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis kat luar bilik. Tak sanggup tengok keadaan Kak Jahidah. "Suami dia pujuk dia kuatkan hati tengok Kak Jahidah," tulisnya. Dalam masa sama, dia sempat memuji pasangan itu yang sentiasa bersikap merendah diri dan tidak kekok bergaul walaupun mereka termasuk golongan terkenal. Terdahulu, kisah Jahidah mendapat perhatian selepas mengalami kecederaan serius pada kepala dan tengkorak menyebabkannya koma disyaki akibat dipukul suaminya di rumah mereka di Johor Bahru, pada 4 Mei tahun lalu. Fauziah menjaga kakaknya itu sejak lebih setahun lalu yang kini masih terlantar. Difahamkan, Jahidah masih tidak mampu memberi sebarang tindak balas, selain hanya matanya sahaja yang boleh dibuka. - CARI
|
immaryjane replied at 21-10-2022 02:12 PM
Laki celaka ni dh masuk penjara blum? Jahat betul dia buat bini dia ni. Mase tu rmai harap baby tk d ...
BoongaKertas replied at 21-10-2022 02:14 PM
huwaaa. sedih kan nasib akak ni. meols doakan laki dia dpt balasan di dunia.
adeqbun replied at 21-10-2022 06:53 AM
meols tmbh...balasan dunia yg slowly and deeply pnye torture..kirenye terletak tp setiap inci zara ...
she replied at 21-10-2022 04:13 PM
Laki dia dijamin oleh bini pertama kannn
Mohon mereput dedua dalam liang kubur eh liang roma
endihesh replied at 21-10-2022 04:40 PM
la.. dah berbini ke? gila la kau yg tambah bini, kau jgak yg dera bini.. babis jantan mcm ni..
ADVERTISEMENT