CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Takut Australia Iktiraf Palestin Negara Yang Merdeka

21-10-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 841| Komen: 1

Seorang bekas diplomat kanan mengakui Israel ketika ini berasa bimbang dan takut Australia mungkin akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka.


Kebimbangan itu muncul selepas Australia menarik balik pengiktirafan Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel yang pernah dilakukan kerajaan terdahulu.


Air Times News Network

Lapor The Times of Israel, pegawai Israel itu mengaitkan tindakan penarikan balik pengiktirafan itu dengan kebimbangan Israel, dengan menjangkakan kerajaan Australia akan mengiktiraf negara Palestin.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan tidak mengulas lebih lanjut mengenai kebimbangan Israel.


Menurut bekas diplomat kanan Israel itu, Australia berpotensi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang dilihat bakal menjadi kebimbangan utama bagi pentadbiran Yair Lapid.

Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, yang dituntut oleh Palestin, sejak Perang Enam Hari pada 1967 dan mengawalnya sejak itu.

Penduduk Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di wilayah itu beserta Semenanjung Gaza.

Baitulmuqaddis dituntut oleh Israel dan Palestin dan kebanyakan kerajaan asing mengelak daripada mengisytiharkan kawasan secara rasmi sebagai ibu negara kepada kedua-dua pihak. 

Kelmarin, Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anthony Albanese komited dengan usaha antarabangsa ke arah penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.

Menurut Wong, kedutaan Australia akan tetap berada di Tel Aviv dan tidak akan memberi sokongan terhadap usaha yang boleh menghalang prospek keamanan di kawasan tersebut.

Sebelum ini, keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel diambil oleh kerajaan bekas Perdana Menteri, Scott Morrison pada 2018.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 21-10-2022 12:49 PM
Pasai apa us xkalut israil buat naya kat palestine.. tapi yang ukraine dgn rusia lebih sudu dari kuah pulak duk tolong supply senjata bagai .. kepoh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.040645 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top