CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Wanita Berbogel Dalam Iklan Trip Memancing Untuk Tambah Pengikut Media Sosial

21-10-2022 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2326| Komen: 11

Dua wanita yang tampil berbogel dalam iklan trip memancing di daerah kecil Bang Saray, wilayah Chon Buri, Thailand menyerah diri kepada polis selepas isu tersebut menjadi tular, lapor laman Thaiger semalam.


Kedua-dua wanita itu berkata, mereka melakukannya untuk mendapatkan pengikut di media sosial dan tidak menawarkan perkhidmatan seks atau memancing.


Antara gambar yang dimuat naik di Twitter hingga tular dan mencetuskan kemarahan penduduk tempatan. - Twitter

Dua wanita itu hadir di Balai Polis Sattahip hari ini dan mengaku menyiarkan gambar bogel itu di laman Twitter.

Wanita itu berkata, lelaki-lelaki yang dipaparkan dalam gambar itu adalah teman lelaki mereka.

Kesemua yang terlibat menyewa bot dan mengambil gambar menggunakan tripod sebelum memutuskan untuk memuat naik siaran itu ke laman Twitter untuk mendapatkan lebih ramai pengikut.

Wanita terbabit turut menegaskan tiada agensi pelancongan atau nelayan terbabit dan mereka tidak mengenali pemilik bot berkenaan.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Komputer kerana mengimport bahan dan maklumat lucah ke Internet yang boleh diakses oleh orang ramai. 

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM12,381) atau kedua-duanya sekali.

Tiada laporan sama ada teman lelaki mereka akan didakwa. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-10-2022 10:09 AM
sebab tu ramai wanita di neraka jahanam...
Quote epullipan 21-10-2022 11:32 AM
wow len macam la iklan dorang ni haha
Quote Simunggu 21-10-2022 11:34 AM
kaki pancing majority kaki perempuan..
Quote venom1 21-10-2022 11:53 AM
apa kaitan memancing dengan pompuan bogel?
Quote Nenasketum 21-10-2022 11:54 AM
Iye ke pompuan ori?
Quote matamata 21-10-2022 12:01 PM
Apa link nya?
Quote Belibis 21-10-2022 02:22 PM
venom1: apa kaitan memancing dengan po ...

Dari situ bermula pepatah..kalau ' kail' panjang sejengkal,lautan dalam usah diduga...
Quote Artemesiaa 21-10-2022 02:32 PM
Berbuat sebelum berfikir akibat macam tulah hasilnya
Quote Zazama 21-10-2022 03:42 PM
Busuk ah iklan gini! Terlajak perbuatan buruk padahnya!
Quote sharlenetexas 21-10-2022 03:52 PM
Ori ke tu?

Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:52 PM
gilerrr. ni mcm punya iklan pun boleh ek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.049072 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top