CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayang Punggung, Pesohor Media Sosial Bergambar Separuh Bogel Depan Gereja Dikecam

20-10-2022 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1484| Komen: 3

Seorang pesohor media sosial dari Britain mencetuskan kemarahan penduduk setempat selepas bergambar separuh bogel di hadapan sebuah gereja di Itali, lapor akhbar The Sun semalam.


Berdasarkan video yang dirakam penduduk tempatan, wanita itu menutup sebahagian badannya menggunakan sehelai kain berwarna merah, namun memperlihatkan bahagian punggungnya di luar gereja bersejarah di bandar Amalfi.


Wanita tersebut menutup sebahagian badannya menggunakan sehelai kain berwarna merah yang menampakkan sebahagian daripada punggungnya. – Facebook

Dia dilihat bergambar dalam gaya menggoda sambil dirakam seorang lelaki di gereja Sant’Andrea.


Menurut media tempatan, wanita tersebut mendakwa dia ingin mencipta ‘memori peribadi’ bersama  dua pelancong lain di hadapan orang ramai yang lalu-lalang.

Penggambaran  akhirnya dihentikan apabila pihak berkuasa tempatan tiba di lokasi tersebut selepas menerima aduan orang ramai, lapor akhbar Il Mattino.

Menurut laporan sama,  wanita berkenaan, jurugambar dan seorang lagi wanita yang berada bersama mereka tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk melakukan penggambaran.

Mereka kemudian dinasihati kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta diberi amaran agar tidak berkongsi gambar tersebut di media sosial.

Insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk dengan ramai menyelar tindakan wanita berkenaan kerana bergambar tidak senonoh di lokasi keagamaan.

“Perkara yang paling teruk adalah dia melakukan penggambaran separuh bogel namun memilih gereja sebagai lokasi,” kata seorang pengguna Facebook.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 21-10-2022 12:12 AM
Hamboi nk bgambar bogel pn dpn gereja..xckup ke amek kt rumah je? Hahaha
Quote DeLuna85 21-10-2022 01:49 AM
Lain kali gambar depan muzium je
Quote Nnasda53 21-10-2022 09:00 AM
Nak cepat femes kena buat benda2 bodoh.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.064984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top