Tular tindakan seorang lelaki membuang sampah ke dalam rumah jirannya dipercayai berlaku di kawasan perumahan di ibu kota.
Perbuatannya itu bagaimanapun membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa. Menerusi rakaman yang tular di TikTok, pemilik akaun bernama Fahmi Ali menunjukkan seorang lelaki dengan hanya memakai boxer biru berjalan-jalan di hadapan sebuah rumah sambil menghisap rokok. Lelaki berkenaan kemudian mengambil daun kering dan rumput dari hadapan rumah berkenaan, lalu dicampak ke dalam pagar.
Dia mengulang tindakan sama sebanyak dua kali sebelum suspek yang turut memegang sebatang kayu cuba merosakkan lampu pagar. Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 pagi sebelum suspek ditahan kira-kira 11 pagi pada Selasa. Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, difahamkan suspek sebelum ini sudah beberapa kali membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman. Suspek dikatakan seorang penagih dadah yang mempunyai masalah keluarga dengan ibunya. Dalam pada itu suspek juga didakwa pemegang kad Orang Kelainan Upaya (masalah mental). Beberapa penguna media sosial lain meluahkan rasa kesal dan bimbang dengan sikap suspek yang dilihat kurang ajar dan keterlaluan dengan jiran. Keadaan suspek selepas ditahan dan punca dia berbuat khianat bagaimanapun tidak diketahui. Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT