Pengurus sebuah restoran Hooters di Plano, Texas, Amerika Syarikat patah tangan dan mengalami gegaran otak akibat dipukul sekumpulan lelaki, baru-baru ini.
Serangan itu berlaku selepas sekumpulan kanak-kanak yang ingin menjual coklat bar kepada pelanggan restoran berkenaan dihalau keluar. Perkara itu membangkitkan kemarahan tiga lelaki yang datang dari arah tempat letak kereta, lalu menyerang pelanggan dan pengurus berkenaan.
Pengurus itu memberitahu polis dia dipukul dengan paip logam sebelum dia serta seorang lagi pelanggan ditumbuk dan ditendang berkali-kali. Sekurang-kurangnya, seorang budak lelaki dilihat dalam video tersebut yang menyertai tiga lelaki dewasa ketika memukul pengurus tersebut. Menurut kenyataan terkini pihak polis Plano, dua daripada tujuh suspek daripada serangan ganas itu kini sudah berada dalam tahanan polis. Mereka adalah Jeremiah Powell, 19 tahun dan Tony Marshall, 20 telah ditangkap pada Isnin dan dihukum penjara di Pusat Tahanan Collin County. Suspek ketiga, Jay Powell berusia 19 tahun yang merupakan kembar kepada Jeremiah masih bebas. Empat lagi juvana dijangka berhadapan dengan tindakan undang-undang dalam masa terdekat. Sumber: Majoriti
|
kepompong replied at 20-10-2022 08:50 PM
Baca tajuk igt kat malaysia… jap lagi mlaysia jadi gini ke?
kepompong replied at 20-10-2022 08:50 PM
Baca tajuk igt kat malaysia… jap lagi mlaysia jadi gini ke?
ADVERTISEMENT