Tindakan tiga pelajar mencuri motosikal untuk digunakan meronda di kawasan sekitar Ampang Jaya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Motosikal Honda Rs-X itu dilaporkan hilang kelmarin di sebuah bengkel kereta di Ampang Jaya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan laporan polis dibuat pemiliknya, polis kemudian menjalankan siasatan. Menurutnya, polis kemudian menahan tiga remaja lelaki berusia 16 tahun itu bersama motosikal terbabit di hadapan sekolah mereka.
"Hasil pemeriksaan dan semakan ke atas nombor casis motosikal itu masih dilaporkan hilang bersabit laporan polis Ampang. "Siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku mencuri motosikal itu untuk meronda kawasan sekitar," katanya kepada Harian Metro hari ini. Beliau berkata, pihak polis kemudian buat tangkapan ke atas suspek dan merampas barang kes. "Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT