CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kalau Kita Gila Kuasa, Kita Akan Berebut Jawatan PM Macam PH Dulu" - Asyraf Wajdi

20-10-2022 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 788| Komen: 3

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembubaran Parlimen dan perlaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah bukti bahawa BN tidak gila kuasa.


Menurutnya, ini kerana selepas BN menguasai kerajaan, gabungan itu memutuskan untuk mengembalikan hak memilih kepada rakyat.


FB

"Pelik apabila masih ada tuduhan konon kita gila kuasa.

"Kalau kita gila kuasa, kita akan berebut jawatan PM sepertimana PH dahulu. Kalau kita gila kuasa, pasti kita isytihar darurat dan gantung Parlimen.

"Tapi kita kembalikan mandat ini kepada rakyat. Atas sebab kita sentiasa yakin bahawa rakyat kita adalah bijaksana dan boleh menilai kerajaan mana adalah kaca dan kerajaan mana pula adalah permata," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Jelas beliau, BN sentiasa konsisten dalam isu tersebut sejak berlakunya krisis kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada akhir Februari 2020.

Katanya, disebabkan tiada Perdana Menteri ketika itu, tiada pihak yang berhak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus tidak memenuhi Perkara 55 Perlembagaan.


Add Image Caption Here


Beliau mendakwa, darurat ketika itu telah menjadi permulaan kepada kerajaan gagal.

"Apabila kuasa penuh yang diperoleh telah gagal diguna bagi menurunkan kesan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak sehingga rakyat terpaksa mengibar bendera putih, dasar-dasar yang lebih menguntungkan kapitalis dan kesilapan pentadbiran yang menggadaikan pendidikan anak-anak adalah bencana besar yang terpaksa rakyat kita hadapi," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 20-10-2022 08:42 PM
Dia cakap apa ni? Bukan sebab giler kuasa, umNO paksa muhyiddin letak jewatan dan mintak UMNo yg jd PM? Bukan kee? Ke delusi?
Quote kemaruk 20-10-2022 09:13 PM
albedah replied at 20-10-2022 08:42 PM
Dia cakap apa ni? Bukan sebab giler kuasa, umNO paksa muhyiddin letak jewatan dan mintak UMNo yg jd  ...

mujur abah tak jadi PM lagi

ntah2 sekarang masih lagi lockdown 8.0
Quote kakikuDibibirmu 20-10-2022 09:17 PM
Bapa Lockdown Negara dan Bapa Darurat Negara tersenyum sinis

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.277540 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top