Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sepasang suami isteri mencuri pencuci muka di sebuah pasar raya pada Rabu.
Bukan satu, dua. Malah, berkotak-kotak produk penjagaan muka 'dirembatnya'. Dalam kejadian yang berlaku di pasar raya CS Brothers Mutiara Heights, Kajang, Selangor itu, pasangan dipercayai suami isteri terbabit terlebih dahulu mengambil beberapa pencuci muka di premis berkenaan sebelum lelaki berkenaan memasukkan kesemua barangan yang diambil ke dalam beg yang dibawa. Meskipun membawa seorang anak, mereka dilihat dengan mudah dapat melarikan kesemua barang yang diambil apabila beredar meninggalkan pasar raya itu tanpa dihalang pihak pengawal keselamatan atau petugas premis itu.
Turut mencuri perhatian apabila si isteri menari-nari kegembiraan di hadapan suami dan anaknya bagai meraikan tindakan licik gagal dihidu mana-mana pihak. Difahamkan, pihak pengurusan pasar raya berkenaan belum membuat sebarang laporan polis, namun berharap agar video yang dikongsi mampu memberi peringatan kepada orang ramai untuk lebih berjaga-jaga dengan pencuri terbabit. Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kes kecurian itu dan mereka difahamkan masih bebas di luar. Sumber: Majoriti
|
Adrif replied at 20-10-2022 09:02 PM
semoga anak dia membesar jadi orang jujur dan berguna kelak, tak mewarisi mak bapak dia
dan juga an ...
rogayahtop replied at 21-10-2022 02:41 AM
Clear muka keluar cctv kau. Jiran2 kalau tgk sekali pun boleh cam.
Mak budak tu tu mmg nampak ciri2 ...
akies replied at 20-10-2022 09:23 PM
Rembat pencuci muka banyak2 tu nak jual balik ke [em:24:]
ADVERTISEMENT