CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petronas Sumbang 2 Bot, Kelengkapan Untuk Hadapi Banjir Di Negeri Sembilan

20-10-2022 08:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 649| Komen: 0

Petronas hari ini menyumbangkan dua buah bot dan kelengkapan menghadapi banjir kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri ini.


Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, M Zaki Mahat berkata, sumbangan melalui Program Bantuan Bencana Petronas di Negeri Sembilan itu berupa dua buah bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta kelengkapan bot lain, 300 khemah perlindungan mangsa banjir, 150 jaket keselamatan dan 1,500 baju hujan.


Aminuddin Harun (dua dari kiri) mencuba jaket keselamatan sambil diperhatikan Mohd. Nazri (tengah) dan M. Zaki (dua dari kanan) pada Program Bantuan Bencana Petronas di Seremban hari ini.


“Kami berharap sumbangan dan penglibatan kami ini dapat meringankan beban agensi terlibat dalam menjalankan usaha membantu mangsa banjir serta meningkatkan persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang,” katanya.

Beliau menyerahkan sumbangan berkenaan Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt. Kol (PA) Mohd. Nazri Meskam, sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada majlis yang diadakan di Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut M Zaki, inisiatif itu adalah sebahagian daripada sumbangan bantuan banjir Petronas sebanyak RM25 juta yang telah diumumkan pada bulan Disember 2021 yang bertujuan untuk membantu ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda negara. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.041192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top