Tular di Internet mengenai generasi pertama iPhone yang dibeli pada harga USD39,339.60 atau bersamaan RM185,918.95 ketika sebuah acara lelongan.
Akui turut membaca hal berkenaan, pengarah terkenal Michael Ang berkongsi video menunjukkan dua telefon bimbit iPhone lama miliknya sambil bertanya pada orang ramai sama ada ia keluaran generasi pertama. Melihat ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respons berbeza. Ada juga yang mendedahkan masih menyimpan generasi pertama keluaran iPhone.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan terdapat individu membeli iPhone generasi pertama ketika acara lelongan (2022 Fall Premier Auction) oleh LCG Auctions. iPhone berkenaan masih di dalam keadaan baik dan disimpan di dalam kotak. Lelongan tersebut pada mulanya dibuka pada harga USD2,500, kemudian ditutup dengan harga tinggi sehingga hampir mencecah USD40,000. Sumber: Murai
|
Nenasketum: Aku pun ada nih. Sayang la nak jual
ADVERTISEMENT