CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Nak Tengok Siapa Yang Melanggar Hukum Alam," Shakila Khoriri Kecewa, Tak Dapat Takluk Gunung Kinabalu

20-10-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3244| Komen: 22

Tak kesampaian Shakilla Khoriri untuk menakluk puncak Gunung Kinabalu berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di Sabah.

"Bila Allah tak izinkan sesuatu itu terjadi maka hendaklah kita redha dan merelakan dengan ikhlas. Terlalu banyak sangat alasan dan halangan yang mungkin jadi ‘hint’ buat kami untuk tak sampai ke summit. Belum rezeki,"tulisnya di Instagram.


Foto: IG

Tahu sahaja keadaan cuaca tidak mengizinkan, Shakilla kecewa sampai menangis kerana dia dan 100 pendaki yang lain sudah bersusah payah sejauh 6 kilometer untuk sampai ke Laba Rata.

"Lutut yang tak berapa baik. Tapi aku redha. Bila tengok banyak perkara depan mata seolah-olah Allah bagi peringatan pada aku dan semua. Allah sedang menguji. Aku pun sedih. Hampa. Tapi berkali-kali aku fikir. Betul. Allah sayang. Allah nak lindung kesemua 100 lebih pendaki. Allah nak uji kesabaran semua. Allah nak tengok siapa yang nak melanggar hukum alam. Aku nampak depan mata setiap kuasa Allah."



Tambahnya, "Aku berlapang dada untuk buang semua rasa negative tu dan ambil sebagai satu ujian. Aku tahu, Allah sayang aku dan semua. So yes, jangan ada yang tanya lagi sampai Summit ke tak. Sebab memang takde rezeki. Atau mungkin Sabah dan mula jatuh hati pada aku. Nak aku datang melawat setiap tahun."



Shakilla juga memberitahu dia akan kembali semula ke Sabah pada tahun hadapan dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang berada di Sabah. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 05:46 PM
dia nia ayat semua cam goodgood je. padahal benda tak ada apa pun tapi ayat kemain panjang. sama cm pin jamal. useless
Quote theotherfriend 20-10-2022 05:53 PM
bukan yg ni ke gossip skandal sampai bercerai ari tu?

Quote AcikBuncit 20-10-2022 09:15 PM
Bnyk beno ayat keagamaan kt post ko kila.. Rilex2 dh la post tu.. T org tanya nape xtutup aurat lg bru ko tau hahaha
Quote babynina30 20-10-2022 09:37 PM
So gi sabah bah ni, ank pizi jaga ke ? Pizi ada lg kt hot k3 idok ? Last week dia lepak dgn ex kelig suria kak pah shahira
Quote ayukpingu 21-10-2022 08:56 AM
yang pergi hiking nak hujung2 tahun ni dah kenapa?
tak kaji cuaca dulu ke?
Quote nena9042 21-10-2022 09:02 AM
Apa panjang nau tulis. Cakap je la takde rezeki.
Quote syitaeyqa 21-10-2022 10:30 AM
ayukpingu replied at 21-10-2022 08:56 AM
yang pergi hiking nak hujung2 tahun ni dah kenapa?
tak kaji cuaca dulu ke?

benda x jangka. ramalan cuaca pun bertukar2. my fren pun pergi hari yg sama ngn kila ni. everything was good sampai la tiba2 hujan lebat masa nak summit. how to say unexpected. guide suruh turun immediately sbb bahaya. of course la frust kan dah tinggal sikit je lg nak sampai puncak. surely rasa ralat.
Quote cha-cha 21-10-2022 10:34 AM
Oklah jugak tengok IG dia lately, banyak post pasal outdoor activities dia n daughter.
Quote ayukpingu 21-10-2022 11:43 AM
syitaeyqa replied at 21-10-2022 02:30 AM
benda x jangka. ramalan cuaca pun bertukar2. my fren pun pergi hari yg sama ngn kila ni. everythin ...

ye la kot. giler tak frust kan
kalau faktor cuaca, mmg tak dpt proceed even delay 1-2 hari kat atas tu ke?  

mcm rugi pulak dah bayar package
Quote syitaeyqa 21-10-2022 12:34 PM
ayukpingu replied at 21-10-2022 11:43 AM
ye la kot. giler tak frust kan
kalau faktor cuaca, mmg tak dpt proceed even delay 1-2 hari kat ata ...

sbb ada timeline dorg utk setiap hike tu. and rasanya sbb ada limit person kat setiap tempat tu dlm sehari. dorg tak dapat summit, tp taman negara kinabalu bg juga dsijil yg sahkan dorg ke summit, eventho tak dapat summit. sbb faktor nature kan
Quote nawtylulu 21-10-2022 12:48 PM
okla.. lbih baik luang masa cri aktiviti cmni .. cri ketenangan sndri..
Quote mamajawie 21-10-2022 02:36 PM
Pergi kundasang bulan 9-12 memang la musim hujan sentiasa kat sana dek nonnn..aku dulu honeymoon gi kundasang bulan 10 sampai2 kt KK je da hujan..polis bantuan airport siap ckap 1st tme dtang sni ktorang tnya ya knpa..polis tu jwab jrang org da bese ke sabah ni akn msuk sabah bln 9-12 sbab hujan lebat..
Quote mawardia 21-10-2022 02:58 PM
Try hard sgt u ols ni nak tunjuk u ols terpaling.
Lex lex suda.
Quote selipar_hijau 21-10-2022 05:34 PM
Gile pnjg caption, tulis je la tak larat nak teruskan sbb bnyk halangan. Org boleh paham la
Quote iolss 21-10-2022 05:40 PM
sabah best.... cantik sgt kundasang tu..jlnraya dia xyh la komen.mmg mcm muka B*n* la cite dia
Quote ciksom 21-10-2022 09:06 PM
Sabah cantik. aku kagum tengok mount kinabalu. Aku pernah kursus dekat kundasang 3 minggu. duduk rumah kawan aku. sejuk siot sbb dia duduk rumah kampung. 3 minggu aku tak mandi pagi. Ha ha ha.Perfume aku kejap je abis masa tu.
Quote wirazam 21-10-2022 11:34 PM
Skrg nih semua pasang pancing, jerat lukah kat Insta ke? Nasib baik dpt lar jerung or paus
Quote rogayahtop 22-10-2022 12:14 AM
ig dah jd mcm pertandingan cerpen pulak letak satu ayat quran ke hadis ke terus menang top 3 gamaknya.

Quote Suchi 22-10-2022 06:27 AM
rosedemon replied at 20-10-2022 05:46 PM
dia nia ayat semua cam goodgood je. padahal benda tak ada apa pun tapi ayat kemain panjang. sama cm  ...

Haa betul, ayat kemain laaaa padahal  menda bleh tulis sebaris je kot.
Dia nih drpd dulu gitu, bab up diri tu pun yea

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.093347 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top