CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sarat Hamil Maut Nak Elak Ular, Bayi Dalam Kandungan Selamat

20-10-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1381| Komen: 6

SIK – Seorang wanita sarat mengandung maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nor Hidayah Abdullah, 27, dari Bandar Baru Beris Jaya di sini maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara adiknya yang membonceng motosikal itu mengalami kecederaan. Bayi dalam kandungan mangsa sempat diselamatkan di Hospital Daerah Sik.

Foto: kosmo

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggangi Nor Hidayah bergerak dari arah sama dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 61 tahun.


Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal mahu mengelak seekor ular lalu masuk ke laluan kereta sebelum bergesel dengan kereta tersebut dan terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang menunggu masa untuk melahirkan bayi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk di bahagian muka.

“Mangsa sempat dibawa ke HDS dengan ambulans untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 20-10-2022 05:36 PM
Allahuakbar..sedihnya..baby survive but not the mother.
Quote cap_ayam 20-10-2022 05:38 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote rosedemon 20-10-2022 05:40 PM
takziah. baby lahir2 je mak xda. allahu
Quote Supersirap 20-10-2022 07:45 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote kakikuDibibirmu 20-10-2022 07:47 PM
Setiap masa ular laa laaa laaa...

023_copy_1024x1024.png
Quote mojarean_X 20-10-2022 07:51 PM
innalillah-innalillahiwainnailaihirojiun (1).gif

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.362917 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top