CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Berebut Kerusi: "Kakak Dan Adik Amat Rapat, Saling Menyayangi Dan Taat Pada Agama"

20-10-2022 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5738| Komen: 40

Iskandar Puteri: Kedua-dua beradik yang terbabit dalam insiden tragis di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, petang semalam, amat rapat, saling menyayangi dan taat pada agama.


Ahli keluarga yang enggan identitinya didedahkan berkata, seluruh keluarganya terkejut dan tidak percaya insiden menyayat hati itu menimpa mereka.

Katanya, kedua beradik itu dididik dalam keluarga dengan penuh kasih sayang dan ketakwaan dengan keluarga mereka amat rapat dan saling menyayangi.


Foto: Harian Metro

"Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.


"Mangsa yang berusia 16 tahun adalah bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah.

"Manakala kakaknya belajar di Tingkatan Enam sekolah yang sama. Mereka berdua serta tiga lagi adik, adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang.

"Mereka juga dididik untuk tidak meninggalkan solat dan taat pada perintah agama. Apabila menerima berita mengenai insiden malang ini, saya enggan percaya kerana ia sangat tragis dan menyayat hati," katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, media melaporkan seorang seorang pelajar Tingkatan Empat di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam, dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya.

Kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Dalam pada itu, ahli keluarga berkenaan berkata, ibu bapa mangsa trauma dan amat tertekan dengan insiden malang yang menimpa anak sulung dan anak kedua mereka.

"Mereka amat sedih dan tidak keluar rumah sejak kejadian itu petang semalam apatah lagi insiden tragis itu tular sejak malam tadi," katanya.

Tinjauan dilakukan di rumah keluarga mangsa di Kampung Ulu Pulai mendapati, sanak saudara dan penduduk kampung berada di situ bagi menziarahi keluarga itu.

Bagaimanapun, anggota keluarga rapat enggan ditemubual dan memohon media memberi ruang untuk keluarga berkenaan bertenang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 20-10-2022 04:39 PM
Laaa. Kesian pun ada. MakPak lagi kesian. Sekejapan, dua2 anak "hilang".
Dia baling cara cemana lah agaknya? Berpusing2 mcm dlm filem tu ke? Susah jgk kan, nak baling pisau sampai tercucuk terus??
Quote margo20 20-10-2022 04:41 PM
Si kakak baling pisau mcm main dart agaknye sbb kalau cucuk terus mesti la bole elak sbb dekat
Quote freesia71 20-10-2022 04:43 PM
Alahai kesiannya. In the moment of anger macam2 benda boleh jadi. Mesti kakak dia pun trauma. Tak sengaja dan Tak sangka sampai boleh bwk mati. Semoga segalanya dimudahkan urusan.


Quote Thunderclouds 20-10-2022 05:21 PM
Sumpah kesian. Berat dugaan makAyah ngn si kakak ni. Kalo la boleh blk ulang masa..sedihnyaa
Quote renko 20-10-2022 05:35 PM
dekat fb da komen murni2 je
smalam sebelum tahu bangsa
kemain byk komen bukan2
komen cmni ada je semalam
mesti bukan melayu,lau melayu nama penuh siap ic alamat suma
Quote casper2022 20-10-2022 06:23 PM
berat dugaan mak ayah... org yang hilang ank dah berat dugaan... ini kan pula anak sendiri yang bunuh. mak ayah kena naik mahkamah  sebagai saksi semua ni. yang nak dijatuh hukum anak sndiri. tak tertanggung perasaan seorg ibu yang melahirkan dan membesarkan ank dengan penuh harapan. takziah buat keluarga ini.Semoga tabah. benar ujian ini amat berat.
Quote dewimalam78 20-10-2022 08:26 PM
Mungkin dididik dgn ketakwaan, dididik tunaikan solat cukup. Tp parents tau ke hati perasaan anak2 remaja mereka. Kalau penuh kasih sayang,mustahil anak boleh ambil pisau dan baling ke adik beradik.
Quote Goodluckdontcry 20-10-2022 09:34 PM
Amboi mcm karangan pulak.. kemain memuji...bkn nak menidakkan..tp mcm nampak Beno diperasa garam gula ajinamoto bagai...well takziah den ucapkan Dan hrp bertabahla..

Secara jujur..den waktu sek men dulu pernah baling pisau juga ke arah abg den..sbbnya adalah mulut longkangnya yg sentiasa mengutuk den..bagaikan Dirinya sesempurna kejadian..BTL den xsabar..tp agaknya klu dah berthn KO dikutuk Hina..mmg meletusla..tp mgkin forummers penyabar orgnya.. kehkehkeh..tp den pun dlm marah, den sekadar baling jer..sbg peringatan..

Mgkin dlm kes ni..jarak dekat kut..Dan mgkin itulah takdirnya..tp pasti Ada juga disebalik ITU..ketidakpuasan hati..CTH mcm den la..maklumlah juga..kdg anak lelaki ni lbh sikit Dr Anak perempuan..ITU anggapan denla..SBB xkan sesuka Ati ko nk baling pisau..

Hubungan den dgn abg den Tu pun.. skrg..gitu2 ajer..LG plak dpt Bini terpaling juge.. kehkehkeh...letih BTL rs...JD baiklah den buat hal den sajor.. xsakit hati Sgt...

Sekali LG takziah..Dan tuk adik ni..klu BTL rs sakit Ati diats sesuatu hal yg hny adik ni sndr yg tau...den ucapkan takziah..buat solat taubat..Dan pasti rs berslh..tp adik belajar kuburkan semua perasaan..Dan trskan hidup..

Mak ayah pun..jgnla nk lebih Anak lelaki Sgt..cubalah fhm perasaan semua Anak..jgn nak pilih kasih Sgt..kalau pun nak pilih kasih..jgnla tunjuk terang2 Sgt..kasihanilah Anak yg lain juga...ini adalah kata2 umum Dr den..bkn utk kes ATS..
Quote Minami2013 20-10-2022 09:39 PM
Sedih gile tgk video kakak nya bergari. Mesti dah kering air mata menangis. Sesalan yg dia akan carry sampai hujung nyawa.
Quote Minami2013 20-10-2022 09:41 PM
Goodluckdontcry replied at 20-10-2022 01:34 PM
Amboi mcm karangan pulak.. kemain memuji...bkn nak menidakkan..tp mcm nampak Beno diperasa garam gul ...

Panjang2 karangan pun den baco sampai habis.. cuma nk ckp well said.
Quote Goodluckdontcry 20-10-2022 09:51 PM
Minami2013 replied at 20-10-2022 09:41 PM
Panjang2 karangan pun den baco sampai habis.. cuma nk ckp well said.

Bila BC berita ni..den terkenang kisah lalu..

Terima kasih kome...BG den..pasti Ada benda yg trigger akak ni baling adik die dgn pisau..cuma itulah..dah takdirnya begitu..den simpati juga kpdnya..

Semoga die tabah sgt2 skrg Dan Di ms akn dtg..SBB den blh agak ( ni agakkan den shj), mcm MN hubungan die Dan ibubapa..Dan adik2 bawah die nanti.. moga Allah SWT beri kekuatan kpd adik ni utk terus hidup..jika hidupnya msh pjg...
Quote Belibis 20-10-2022 10:27 PM
Ya laaa..mak mana nak kata anak sendiri jahat,malaun,firaun... Waima yang dah bakar madrasah dengan budak2 sekali..itu lah namanya kasih ibu..
Quote AKAZ85 21-10-2022 06:14 AM
Kesian la adik ni.. Mungkin memang takde niat nak membunuh.. Adik sendiri pulak tu.. Bergaduh benda bodoh.. Cuma ntah kenapa laa dalam banyak2 benda ko nak baling kat adik ko, ko nampak pisau tu jugak.. Harap mak ayah diorang kuat nak hadapi dugaan ni
Quote venom1 21-10-2022 07:23 AM
pokcik ada anak pompuan remaja bersekolah..mmg terasa sangat..kalau perkara ni berlaku dalam keluarga pokcik, macamana nak hadapinya, macamana nak selesaikannya...
Quote Perwira2022 21-10-2022 07:29 AM
Ni dah biasa bergaduh ganas ni.. Dah biasa baling2 barang. Takde nyer selama ni soleh solehah tetiba gaduh berebut kerusi aje pun tangan terus capai pisau baling kat orang.... Menipu aje tu..... Ramai je orang yg panas baran tapi bila bergaduh takde sampai nak baling pisau. Ni dah biasa buat. Eloklah kau mereput dalam penjara daripada lebih ramai lagi jadi mangsa.... Nak kesian pun agak2 la.... Berani buat berani tanggung. Sape jadi mak bapak tolong didik anak-anak korang kawal amarah... Jangan biar aje anak-anak bergaduh apatah lagi cara ganas.
Quote my_irina 21-10-2022 07:42 AM
abg i ollz pernah cacak gunting dekat lengan i ollz time kecik....siap masuk ER..puncanya berebut mainan...bahaya berebut ni...akan timbul perasaan x puas ati...if ade org ke3 yg x neutral akan memihak 1 sided lagi la x puas ati....pastu side yg menang tu akan besar kepala n akan buat lagi perkara yg sama....rase this bole apply to this case kot? tapi abg i ollz sekali tu je la buat sbb pastu kene sebat batang baseball ayah iolls hehehe
Quote sangbara2020 21-10-2022 07:54 AM
kesiannya......teringat kenangan lama...seriau rasa
Quote zehra2 21-10-2022 08:00 AM
nak tau perangai sebenar anak2 ni, kat sekolah je..
kat rumah. pijak semut pun tak mati
Quote uori 25-10-2022 07:24 PM
kalau betul bagai apa yang dikata tu, takkan jadi insiden tragis ni kot

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060284 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top