CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Kecewa, Tiket Kapal Terbang Naik Dua Kali Ganda Selepas Tarikh PRU15 Diumum

20-10-2022 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1153| Komen: 8

Orang ramai meluahkan rasa kecewa apabila terdapat syarikat penerbangan yang menaikkan harga tiket dua kali ganda pada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan iaitu 19 November depan.


Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengundi mendakwa harga tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah dan Sarawak tiba-tiba naik mendadak sebaik sahaja tarikh PRU15 diumumkan hari ini.

Seorang pengguna Twitter mendakwa, dia terkejut apabila laman web sebuah syarikat penerbangan tiba-tiba tergendala semasa dia sedang membuat pembayaran.

Foto: Kosmo

Katanya, selepas tergendala seketika, laman web tersebut telah menukar harga tiket penerbangan dua hala dari Johor ke Kuching, Sarawak yang ditempah olehnya pada 18 November menjadikan harga tiket berjumlah RM730 dari RM360.


“Tadi sempat ‘survey’ sebelum umum tarikh PRU15 harga masih RM150 sehala. Sekarang dah RM400 sehala,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

“Selalu harga tiket dari Singapura ke Pulau Pinang SGD150 saja, tiba-tiba naik SGD384 pula dekat tarikh nak PRU15,” kata N.S.

“Harga asal beberapa minit selepas tarikh PRU15 diumumkan, RM279.45 dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Sabah. Bila mahu ‘check-out’ tiba-tiba naik harga RM568.96,” kata Acup.

Sebelum ini teka-teki rakyat berhubung tarikh mengundi bagi PRU15 akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 05:40 PM
wat do u expct dah boleh agak dah game dia
Quote ninja boy 20-10-2022 05:42 PM
Kapitalis
Quote yenil95 20-10-2022 05:44 PM
dah merasa ni masa pru lepas. kurang-kurang tak buat pru tengah minggu. Jadi masalah nak mintak cuti pulak.
Quote white_musk 20-10-2022 05:46 PM
Kapitalis takut "orang dia" kalah
Quote aechae 20-10-2022 05:47 PM
Tp last time seingat hujung2 last minit turun balik hrga tiket flight
So org amuk lh yg beli awal2 tu
Quote AbukRokok 20-10-2022 06:04 PM
baik merdeka je la sabah sarawak... ko tak tally tak klik dengan mmeloya
Quote Lagubestbest 20-10-2022 10:14 PM
google je tiket tu, nanti keluar le result dari skyscanner ke ape ada lagi la yang murah. kalau beli kat app i tengok memang sekarang susah dapat murah dah.
Quote gideoncross 20-10-2022 10:18 PM
Lagubestbest replied at 20-10-2022 10:14 PM
google je tiket tu, nanti keluar le result dari skyscanner ke ape ada lagi la yang murah. kalau beli ...

Skyscanner mmg murah & ada bnyk pilihan, dri yg murah smpai ke pling mhal.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042219 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top