Zarina Anjoulie mengakui menjaga anak-anak tidak mudah terutamanya dalam memberi pendidikan kepada mereka. Zarina yang mesra disapa dengan panggilan Anju baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi video memaparkan momen bersama anaknya di Instagram miliknya.
Berdasarkan video tersebut, Anju menggunakan salah satu cara luar biasa untuk menghilangkan mengantuk serta karenah anaknya ketika sesi pembelajaran di rumah. Anju mengambil inisiatif bermain drum mainan sambil mengajar anaknya membaca suku kata berjaya meraih perhatian ramai yang terhibur melihat gelagatnya itu.
|
ADVERTISEMENT