CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Naik Motor Maut Dilanggar Kereta Anak Sendiri, Tercampak Dan Digilis Kenderaan Lain

20-10-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1638| Komen: 3

BALIKPAPAN: Malang tidak berbau, sepasang suami isteri maut dalam satu insiden kemalangan tragis selepas dilanggar anak mereka sendiri di Timur Kalimantan kelmarin.


Menurut portal berita Kompas.com, insiden berlaku ketika pasangan suami isteri itu menunggang motosikal  dari bandar Balikpapan menghala ke arah Lamaru di timur bandar itu. 

Setiba di hadapan perusahaan PT Schlumberger, motor berkenaan memperlahankan kelajuannya.


Foto: Kompas

Namun sebuah kenderaan Toyota Inova dipandu anak kedua-dua mangsa yang kebetulan berada di belakang, tidak sempat mengelak lalu merempuh ibu dan bapanya.


Rempuhan kuat menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak  sebelum digilis kenderaan lain yang lalu di kawasan itu.

Pasangan malang itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.45 petang itu menyebabkan jalan sesak selama beberapa jam.

Polis Balikpapan mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tragis itu dan kes itu sedang disiasat. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 05:39 PM
ni kira anak derhaka ke camane ni, tak sengaja kan. adui msti trauma bdak tu seumur hidup
Quote Buritan 20-10-2022 06:08 PM
Nape dua tiga menjak ni cite tak besttt aje.. kakak tertikam adik.. anak terlanggar mak pak..td baca 7 abis dlm 1 kereta..  aku doakan semua slmtbbhgia beerkejaran dgn khadam Allah di tmn syurga
Quote batmana 20-10-2022 08:12 PM
anak bwa laju sgt, tak reti jaga jarak brek ka?
tk tau ke mak pak kt dpn?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069129 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top