CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Bilion Kanak-Kanak Berisiko Tinggi Sakit Akibat Perubahan Iklim Yang Semakin Berbahaya

20-10-2022 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 700| Komen: 2

AMSTERDAM – Kira-kira satu bilion kanak-kanak seluruh dunia amat berisiko tinggi terdedah kepada masalah kesihatan disebabkan perubahan iklim yang semakin berbahaya.


Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Belanda, KidsRight yang menyatakan bahawa tahap kelangsungan hidup golongan muda tidak menunjukkan perkembangan yang baik sejak sedekad lalu.

Indeks yang dikeluarkan berdasarkan data agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mendapati bahawa lebih satu pertiga daripada kanak-kanak di dunia atau bersamaan dengan 820 juta orang kini terdedah kepada gelombang haba.


Foto: Adobe Stock


Kekurangan bekalan air pula menjejaskan 920 juta kanak-kanak, manakala penyakit seperti malaria dan denggi menjejaskan kira-kira 600 juta kanak-kanak atau satu daripada setiap empat orang, demikian menurut tinjauan badan bukan berasaskan keuntungan tersebut.

Indeks KidsRights adalah senarai pertama dan satu-satunya pengiraan yang mengetengahkan hak kanak-kanak untuk dihormati setiap tahun.

Ia turut meletakkan Iceland, Sweden dan Finland sebagai negara terbaik yang menjaga hak dan kebajikan kanak-kanak dengan Sierra Leone, Afghanistan dan Chad sebagai yang paling teruk daripada senarai 185 negara.

Pengasas dan Pengerusi KidsRights, Marc Dullaert, menyifatkan laporan tahun ini sebagai membimbangkan bagi generasi kanak-kanak semasa dan akan datang.

“Iklim yang berubah dengan pantas kini mengancam masa depan dan hak asasi mereka. Tiada kemajuan ketara dalam taraf kehidupan kanak-kanak sepanjang dekad yang lalu dan selain itu, kadar kelangsungan hidup mereka terjejas teruk oleh pandemik Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, indeks tersebut turut mendapati buat pertama kali dalam dua dekad, bilangan buruh kanak-kanak bertambah kepada 160 juta orang, peningkatan sebanyak 8.4 juta dalam tempoh empat tahun lepas.

KidsRights turut memfokuskan kepada dua negara utama iaitu Angola dan Bangladesh yang  mencatat pertambahan markah lebih baik dalam memperjuangkan hak kanak-kanak di sana.

Angola dilaporkan berjaya mengurangkan lebih separuh angka kematian kanak-kanak bawah lima tahun. Bangladesh pula berupaya mengurangkan jumlah kanak-kanak berusia bawah lima tahun yang mempunyai masalah berat badan berkurang sebanyak hampir separuh. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 05:37 PM
allahu dunia semakin mendekat nak kiamat
Quote ninja boy 20-10-2022 05:41 PM
Kalau merokok berpenyakit pelik2 x jaga pemakanan x payah beranak lah, budak2 lagi dah kena kanser kena diabetes sesak nafas

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046663 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top