CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kisah Beza Umur 20 Tahun, Cikguku Kini Isteriku

20-10-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2551| Komen: 10

Jakarta: Demi cinta, seorang lelaki muda Indonesia tidak memandang usia apabila berkahwin dengan gurunya sendiri walau jarak usia mereka adalah 20 tahun.

Lelaki itu Sigit Setya Budi yang tinggal di Purworejo, Jawa Tengah itu berkata, dia berkenalan dengan isterinya ketika wanita itu menjadi gurunya di sekolah menengah.

Katanya, dia kini bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama isterinya itu.


Foto: Tiktok

"Dulu isteriku adalah guruku ketika di sekolah menengah sejak tahun 2013 hingga 2016.

"Pada masa itu, isteriku cuma mengajar di kelas X.

"Tidak pernah terlintas sedikit pun mencintai dan masuk meminangnya kerana (ketika itu) dia sudah bersuami," katanya kepada Detik.com.

Sigit turut memuat naik kisah cintanya itu di TikTok sebelum ia tular.

"Tahun 2014 hingga 2016 bertemu di sekolah. Pada awal 2021 semakin rapat sebelum Ogos 2021 sepakat serius dalam hubungan.

"Alhamdulillah semua cabaran dapat kami lalui bersama dan pada November 2021, kami selamat ke jenjang pelamin.

"Perjalanan hidup ini tiada siapa tahu. Terima kasih sayangku kau hadir menyempurnakan hidupku," katanya.

Video kisah cinta Guruku kini Istriku ini meraih lebih 14.3 juta tontonan dan mendapat 514, 300 Likes.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen turut sama mendoakan kebahagiaan pasangan itu, malah tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan lelaki itu mengahwini wanita lebih berusia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 05:37 PM
dah menopos pon ko nak jgk
Quote mekfazura 21-10-2022 08:48 AM
Minyak pelincir nak hampir tukar jadi greese pun nak hentam lagi... semoga tak terpelecet dan cikgu tu juga harap dapat kerap mengulangkaji buku "hikmah berpoligami mengikut islam" sebagai persiapan awal . Good Luck
Quote Cassieopeia 21-10-2022 09:00 AM
teringat jep dan norliah ghani dlm sepahtu ritu
Quote gideoncross 22-10-2022 01:12 AM
Yg ni pelik tpi klau prmpuan muda, llaki tua, iol ok.
Quote Perwira2022 22-10-2022 06:39 AM
Geli baca
Quote tikusmontok 22-10-2022 06:43 AM
gideoncross replied at 22-10-2022 01:12 AM
Yg ni pelik tpi klau prmpuan muda, llaki tua, iol ok.

Takda yg pelik dgn ndon..tukang cebok bini majikan pun mampu diangkat jadi bini
Quote gideoncross 25-10-2022 08:53 PM
tikusmontok replied at 22-10-2022 06:43 AM
Takda yg pelik dgn ndon..tukang cebok bini majikan pun mampu diangkat jadi bini

Aslkn c llaki mmpu jga c bini, xde slhnya pun. Bukn mcm jejantz Mulayu Melesia, mysogynists je rmai.
Quote Tinot7 25-10-2022 09:18 PM
Bila cikgu tu bercerai?
Quote Highflyer19 26-10-2022 12:29 AM
Dah jodoh…
Quote mdhelmi 26-10-2022 09:43 AM
abang pilih yang mana
perawan atau janda
perawan memang cantik
janda lebih menarik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.083976 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top