CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Rumah Mentua Jumpa Suami Nak Minta Cerai, Wanita Ditendang Di Peha Dan Pinggang

20-10-2022 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4173| Komen: 42

Hajat Isteri berjumpa suami meneruskan urusan penceraian dibalas dengan tendangan di bahagian paha dan pinggang sehingga kecederaan tisu dalam kejadian di Taman Uda Ampang, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada pukul 10.30 pagi semalam, wanita berusia 30 tahun itu ke rumah ibu mertuanya untuk berjumpa suspek dan mengajaknya ke mahkamah untuk urusan penceraian.

Katanya, tindakan guru tadika itu tidak disenangi suspek lalu naik berang dan bertindak menendang paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali.


Gambar Hiasan

“Akibat tercedera, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan di tisu.

”Selepas menerima laporan, sepasukan pegawai polis membuat tangkapan terhadap suami mangsa yang berusia 29 tahun sekitar pukul 6.20 petang, pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, semakan mendapati suspek bekerja sebagai jurujual itu telah berkahwin selama dua tahun dan memiliki satu cahaya lelaki mata berusia lapan bulan.

Katanya, hari ini, suspek akan dibawa ke mahkamah di sini bagi permohonan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau 18A Akta Keganasan Rumahtangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 20-10-2022 01:26 PM
Jantan macam ni kena kasi penampar mcm cerita tamil
Quote tepisket.. 20-10-2022 01:30 PM
Gelabah nau nak tulis cahaya mata lelaki pon terbalik
Quote mbhcsf 20-10-2022 01:32 PM
more reason to ceraii......see ... dah diberi bukti depan mate : apa tunggu lagi, fasakh je...
Quote sukacactus 20-10-2022 01:59 PM
Oh siap dah ada kes polis ni, lg senang la urusan cerainya nnt
Quote Cassieopeia 20-10-2022 02:03 PM
taknak cerai layanla elok2 ni ko bg tendangan memang silapla
Quote Raline 20-10-2022 02:05 PM

GAMBAR HIASAN

Suami tendang paha, pinggang isteri sebab minta cerai

AMPANG JAYA – Hajat Isteri berjumpa suami meneruskan urusan penceraian dibalas dengan tendangan di bahagian paha dan pinggang sehingga kecederaan tisu dalam kejadian di Taman Uda Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada pukul 10.30 pagi semalam, wanita berusia 30 tahun itu ke rumah ibu mertuanya untuk berjumpa suspek dan mengajaknya ke mahkamah untuk urusan penceraian.

Katanya, tindakan guru tadika itu tidak disenangi suspek lalu naik berang dan bertindak menendang paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali.

“Akibat tercedera, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan di tisu.

”Selepas menerima laporan, sepasukan pegawai polis membuat tangkapan terhadap suami mangsa yang berusia 29 tahun sekitar pukul 6.20 petang, pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, semakan mendapati suspek bekerja sebagai jurujual itu telah berkahwin selama dua tahun dan memiliki satu cahaya lelaki mata berusia lapan bulan.

Katanya, hari ini, suspek akan dibawa ke mahkamah di sini bagi permohonan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau 18A Akta Keganasan Rumahtangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -sebab-minta-cerai/

Quote Decaffeinated 20-10-2022 02:05 PM
tepisket.. replied at 20-10-2022 01:30 PM
Gelabah nau nak tulis cahaya mata lelaki pon terbalik

Ha ha ha... gara2 komen yang ni gigih aku scan artikel


Quote sangbara2020 20-10-2022 02:09 PM
pujuk la leklok....aparaaa
Quote pinkpunk 20-10-2022 02:10 PM
tak guna punya jantan
Quote shernazz 20-10-2022 02:14 PM
Jangan nnt laki pujuk cair plak.hati mu...
Kasi nekad dalam hati...demi anak..
Kalau.mu pung dia boleh tendang
Tak mustahil.anak mu tu nanti diterajang juga
Quote rosa_canina 20-10-2022 02:16 PM
baran sgt kot sbb tu wife nk bercerai  
Quote afie_m 20-10-2022 02:19 PM
baran punya lelaki..
Quote edayildiz 20-10-2022 02:26 PM
seramm..laki spesis stinger kot..stinger tu dh kawen ke tak mcm kurg ksh syg jer..asik di BADAI jer
Quote Manjahati 20-10-2022 03:19 PM
Durjana sungguh…
Quote greantea 20-10-2022 03:32 PM
makin kuat la kes. semoga dipermudahkan urusan cerai
Quote Orenn1 20-10-2022 03:37 PM
Nokharom mana pulak ni main pukul pompuan utk menang phuiii
Quote rosedemon 20-10-2022 05:36 PM
xtau lagi cte sbelah pihak. jgn cpt mghukum
Quote lattehazelnut 20-10-2022 05:39 PM
U bet nak mintak cerai nnti sesi kaunseling suro maafkan laki, ingat anak.. yih…
Quote yenil95 20-10-2022 05:42 PM
Moga dipermudahakan urusan mu dekk. Lelaki tu tak payahla ada anak lagi.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052014 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top