Seroang pemuda mengundang sayu apabila dilihat hanya membawa bekal makanan air dan nasi kosong ketika makan di dalam sebuah kantin.
Menerusi video yang tular di TikTok, keterangannya ditulis: Demianus, putra Papua yang penuh dengan semangat. Tidak dapat dipastikan dengan jelas lokasi kantin itu, namun seseorang yang memakai seluar tentera dapat dilihat dalam video tersebut. Rakaman ini dipercayai dirakam di sebuah pusat latihan ketenteraan di Indonesia. Kemudian terdapat seorang lelaki, dipercayai berpangkat tinggi di situ bertanyakan sesuatu kepada Demianus.
“Kau makan apa? Kenapa tidak ada lauk? Bawa makan dan minum tapi tak ada lauknya,” tanya lelaki itu. Demianus bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan itu. Dia hanya mengusap kepala dan wajahnya. Tidak lama kemudian, lelaki yang membuat pertanyaan tadi memberikan dua bungkus makanan kepada Demianus dan sebotol teh. Dia menyuruh Demianus segera makan tanpa perlu rasa segan atau malu. Demianus dikatakan berasal dari Serui. Dia juga mendoakan agar Demianus lulus dalam latihan ketenteraan itu. -CARI Sumber" mStar Online
|
Lily_Elizabeth_: Paham.Orang palestine tu lagi le .Mak dorang masak batu konon konon memasak supaya anak kecil dorang tak menangia nak makan. Reverse psikologi.Budak i ...
mdhelmi replied at 20-10-2022 01:47 PM
korang tak tau bawah timbunan nasi tu ada sambal udang petai
mdhelmi replied at 20-10-2022 01:47 PM
korang tak tau bawah timbunan nasi tu ada sambal udang petai
raxief replied at 20-10-2022 10:46 AM
ada kwn ex army cakap, masa training bersama army asean yg lain, sg, thai, indon, bru, phil, diorg k ...
dua_chzy replied at 20-10-2022 06:58 PM
Aku kagum dengan tahap resilience dan survival rakyat Ndon dan Pelipin. Memang tinggi.
raxief replied at 20-10-2022 11:03 AM
nak buat mcm mane, dah tu je level economy diorg
org malaysia dulu2 pun resilient.. kwn aku duk f ...
_blackbird replied at 20-10-2022 05:30 PM
ntah la... aku pon sebenarnya suka je makan nasi kosong. rasa lagi sedap tanpa lauk
Lily_Elizabeth_ replied at 20-10-2022 01:03 PM
Paham.
Orang palestine tu lagi le .
ADVERTISEMENT