CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas Nak Bela- Lelaki Bunuh Anak Kekasih Usia 3 Tahun, Tusuk 9 Paku Ke Dalam Kepala

20-10-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1367| Komen: 14

HANOI – Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana membunuh anak perempuan kekasihnya yang berusia tiga tahun dengan cara menusuk paku ke dalam kepala mangsa, lapor portal berita MailOnline.


Mahkamah Rakyat Hanoi menjatuhi hukuman tersebut ke atas seorang tukang kayu, Nguyen Trung Huyen, 30, dengan memberi suntikan maut ekoran jenayah yang dilakukan.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu ketika berkongsi rumah dengan pasangannya, Nguyen Thi Luyen, 27, dan anak perempuan wanita itu di Hanoi.


Foto: VN Express

Keputusan ujian X-ray yang dikeluarkan sebuah hospital menunjukkan kecederaan pada mangsa dengan sembilan paku didapati ditusuk ke dalam tengkoraknya.


Tertuduh mendakwa kanak-kanak itu ‘menjejaskan kehidupannya’, justeru, dia membunuh mangsa dengan kejam supaya tidak perlu membesarkannya.

Sejak September 2021, tertuduh didakwa pernah menyeksa dan menakut-nakutkan kanak-kanak itu sebanyak empat kali. Dia turut memaksa mangsa minum racun perosak, menelan kuku dan mematahkan tangannya.

Pada 17 Januari lalu, tertuduh didakwa menampar mangsa berkali-kali selepas gagal menjawab soalan, selain menyeksanya dengan menggunakan kuku.

Apabila Luyen mengetahui penderaan yang dilakukan itu, dia segera membawa anaknya ke Hospital Daerah Thach That. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Saint Paul sebelum disahkan koma dan meninggal dunia dua bulan kemudian. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 20-10-2022 01:05 PM
kenapa la, entah lah, kenapa lah, haih lah, entah lah haih kenapa lah haihhhhh
Quote faraway1 20-10-2022 01:09 PM
Oklah cara tak mau besarkan budak tu dengan bunuh dan masuk penjara
Quote margo20 20-10-2022 03:13 PM
Hmm kau taknak bela budak tu kau tinggalkan jela  awek kau cari lain
Quote tri-max 20-10-2022 03:21 PM
ongile ni, tgk muka pun da meluat
amik paku payung tu tekan kat kepala vongok dia
dasar jantan pemalas, elok mati kena racun dlm jel sok
Quote greantea 20-10-2022 03:23 PM
mak nak, anak xnak
babi la ko ni
mati la cepat
Quote MsIda 20-10-2022 03:31 PM
Semoga cepat2 mampos...
Quote sabundettol 20-10-2022 04:48 PM
Muka pun mintak kene gelek ngan lori
Quote Page88 20-10-2022 04:52 PM
WHAT THE HELL!!!
Quote ctaz 20-10-2022 05:04 PM
ni mesti masa nak berjimak....
budak tu menjadi ganguan....
Quote ellejo 20-10-2022 05:07 PM
ko ingat tu anak pontianak ko nak paku2 kepalanya sundelllll
Quote Nenolen 20-10-2022 05:09 PM
Allahu kesiannya kat anak tu…tergamak aniaya bdk kecil yg tak mampu mempertahankan diri…
Laknatullah punya lelaki…patutnya hukum heret dia dgn keretapi sampai mati…
Quote rosedemon 20-10-2022 05:35 PM
jelaka btol jntn jilanattttt
Quote Supersirap 20-10-2022 08:08 PM
Semoga hukuman ini menjadi ancaman kepada sesiap sahaja yang ingin membuat perkara sedemikian
Quote shernazz 20-10-2022 08:13 PM
Letak.paku kat kepala bana dia
Tengoj mcmana..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041492 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top