Oleh : TS LOO
Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang mampu memukau sesiapa saja. Seperti cinta pandang pertama, pengunjung pasti terpikat dengan kecantikan alam semula jadi selain ba-ngunan serta infrastruktur yang sarat dengan sejarah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Manila, ibu negara Filipina. Ia ibu kota penuh bersejarah dengan peninggalan yang menarik dan mampu membuat anda teruja meneroka lokasi ditawarkan.
sumber foto : http://www.arcticnomad.com/ Bagi yang gemar mengambil gambar atau suka bergambar di bangunan bersejarah dengan ciri-ciri Sepanyol, Intramuros Manila adalah lokasi wajib jika anda menjejakkan kaki ke Manila. Intramuros Manila atau ‘Spanish Old Town’ ialah kebanggaan Filipina dan pengunjung boleh memilih berjalan atau menaiki basikal untuk menjelajahi kawasan itu. Antara lokasi lain yang menjadi tarikan utama kerana keunikan bangunan dan peninggalan sejarah ialah Fort Santiago. Ia lokasi bersejarah yang bukan saja tempat istimewa untuk bergambar malah peluang mengelilingi taman dengan menaiki kereta kuda. Namun, percutian di Manila tidak lengkap tanpa berkunjung ke Rizal Park, dataran yang menjadi tempat lepak atau lokasi bersantai tidak jauh dari Muzium Negara Filipina. Berbeza dengan penggemar keindahan lautan dan panorama pulau yang menawan, kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan. Antara lokasi menarik ialah Pulau Pescador. Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya. sumber foto : http://gambarwisata.com/ sumber foto :http://renunganharian-cahaya-bangsa.blogspot.com/ Apabila berada di Pulau Cebu, tidak salah berkunjung ke Pulau Sumilon dan antara aktiviti boleh anda lakukan ialah snokerling atau berkayak. Puncak Bukit Nivel membolehkan anda melihat pemandangan indah terutama panorama Pulau Cebu yang memukau ketika matahari terbenam. Antara lokasi yang jarang menjadi bualan, tetapi menyimpan khazanah alam semula jadi penuh rahsia ialah Kalibo. Pulau Boracay berdekatan Kalibo pernah mendapat pengiktirafan sebagai antara destinasi untuk bersantai terbaik di dunia oleh Majalah Travel. Pulau Boracay terkenal dengan pasirnya yang putih dan air membiru seakan-akan destinasi sesuai bukan saja bagi pasangan pengantin untuk berbulan madu malah sesuai untuk seisi keluarga bagi berehat serta melapang-kan minda. Kalibo turut menawarkan lokasi menarik seperti taman dan Pusat Kajian Bakhawan yang menjadi menjadi tempat persinggahan bergambar serta menikmati suasana kehijauan alam. Ia juga menjadi pusat kajian untuk memperoleh maklumat berkaitan alam semula jadi di kawasan itu. Pendek kata, Filipina mempunyai banyak destinasi untuk dikunjungi cuma jangan lupa untuk membawa kamera bagi merakam gambar sebanyak mungkin.- CARI Infonet |
18
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Originally posted by duchessofkent at 29-12-2006 02:34 PM
In fact I am going to go there again end of next month. Stay at the same hotel.
Originally posted by eskremVanila at 29-12-2006 09:03 PM
otel2 kat sane...kalo walk in pon kene bayo USD ka? sbb kalo ol..tak penah jupe rate in peso...
Originally posted by sorceress at 29-12-2006 02:18 PM
assalamualaikum.....
maaf kalau topic ni dah ada.... belek gak kat belakang tapi tak perasan lak kalau ada....
anybody dah pernah sampai ke manila? need some advices pasal mana hotel yang ses ...
Originally posted by Ibu_Sara at 1-1-2007 10:06 PM
Saya duduk kat perla mansion, dlm 10 minutes walking to greenbelt. Rate dia kalau tak silap dlm RM200 lebih. Apartment type 2 bilik. okaylah facilities dia. boleh masak bagai kat situ so senang s ...
Originally posted by sorceress at 3-1-2007 12:03 PM
ibu sara, u book hotel mcm mana ek? tru online atau travel agency? tq
Originally posted by mieciput at 3-1-2007 11:33 AM
Kalau area Markati, I pernah duduk di Nikko Hotel (USD90++ rasanya), 4 star, ok rasanya. Bilik besar kedudukannya betul2 di Ayala Center. Kedudukan sgt strategik bagi mereka yg suka shopping la. Ad ...
Originally posted by Ibu_Sara at 3-1-2007 11:47 PM
book online. pastu dia kasi confirmation voucher thru email.
Originally posted by sorceress at 4-1-2007 08:57 AM
tq ibu sara.... ni pun plan nak duduk 4 hari je... tgk le sempat ke round semua
Originally posted by sorceress at 19-2-2007 10:24 AM
hai all... baru je balik dr manila.... stay 4 hari kat sana.... 4 hari memang tak puas langsung.... cuma pegi 2 shopping mall, asia mall dan mega mall.... 4 hari pun tak dapat cover kedua2 shoppi ...
ADVERTISEMENT